A strategic collaboration between the RBAirF and the Brunei Darussalam Leadership and Teacher Academy, the programme was conducted from 12 to 19 January 2026. It aimed to elevate the instructional capabilities and professional standards of RBAirF trainers. This inaugural course featured key modules such as 21st Century Pedagogy, Differentiated Teaching and Learning, Emotional Intelligence, and Facilitation Skills, all contextualised for a military training environment.
Present as the Guest of Honour to present certificates to the 20 participants was Yang Mulia Dr Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, Permanent Secretary (Core Education), Ministry of Education. Also in attendance were Yang Mulia Colonel (U) Pengiran Hasrul Ariffin bin Pengiran Haji Rosley, Acting Commander of the RBAirF, Senior officers, Officers from RBAirF and Ministry of Education, and training facilitators.
The successful completion of this programme underscores the RBAirF’s commitment to instructional excellence and the professional development of its personnel, ensuring high-quality training delivery in support of operational readiness.



MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL DAN TAMAT KURSUS LATIHAN PEMBANGUNAN JURULATIH TUDB
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 03 Februari 2026 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan Majlis Penyampaian Sijil dan Tamat Kursus bagi Latihan Pembangunan Jurulatih bertempat di Dewan Utama, Kementerian Pendidikan.
Program ini merupakan inisiatif strategik TUDB dengan kerjasama Akademi Kepimpinan dan Guru Brunei Darussalam, Kementerian Pendidikan, yang dijalankan dari 12 hingga 19 Januari 2026. Ia bertujuan untuk mempertingkatkan keupayaan kaedah mengajar (instruksional) dan piawaian profesional jurulatih TUDB. Kursus sulung ini merangkumi modul-modul utama seperti Pedagogi Abad Ke-21,
Differentiated Teaching and Learning, Kecerdasan Emosi, serta Kemahiran Fasilitasi, yang disesuaikan dengan persekitaran latihan ketenteraan.
Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi menyampaikan sijil kepada 20 orang peserta ialah Yang Mulia Dr Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan. Turut hadir ialah Yang Mulia Kolonel (U) Pengiran Hasrul Ariffin bin Pengiran Haji Rosley, Pemangku Pemerintah TUDB, Pegawai-pegawai kanan,
Pegawai-pegawai dari TUDB dan Kementerian Pendidikan
serta fasilitator latihan.
Kejayaan program ini mencerminkan komitmen berterusan TUDB dalam memperkukuh kecemerlangan instruksional dan pembangunan profesional warga udara, sekali gus memastikan penyampaian latihan yang berkesan bagi menyokong kesiapsiagaan operasi.

