Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

RBAirF HELD NISFU SYA'ABAN 1447 HIJRAH CELEBRATION

​RIMBA AIR FORCE BASE, Monday, 02 February 2026 – The Royal Brunei Air Force (RBAirF) held the Nisfu Sya'aban 1447 Hijrah observance at Surau Al-Barakah, Rimba Air Force Base, in conjunction with the Ministry of Defence–level observance conducted simultaneously at all suraus within Royal Brunei Armed Forces (RBAF) camps, including Pulau Baru-Baru Mosque.

Surau Al-Barakah was honoured as the focal venue for this year's celebration and to host the attendance of Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister at the Prime Minister's Office and Minister of Defence II, and Yang Mulia Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohd Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Deputy Commander of the RBAF and Acting Commander of the RBAirF.

Also in attendance were Directors, Senior Officers, Officers and personnel of the Ministry of Defence, as well as the Deputy Permanent Secretary of the Ministry of Transport and Infocommunications, the Acting Brunei-Muara District Officer, the Penghulu of Mukim Gadong, and the Village Heads of Rancangan Perumahan Negara (RPN) Rimba.

The programme commenced with the congregational Maghrib prayer, followed by the Sunat Hajat prayer, Doa Selamat, and a special prayer seeking blessings, well-being, and continued prosperity for His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam. This was followed by the recitation of Surah Yassin accompanied by doa, led by Yang Mulia Imam Awang Muhammad Fathurrahman bin Haji Awang Matali, Imam of Surau Al-Barakah, and concluded with the congregational Isya' prayer.

The observance of Nisfu Sya'aban reflects Brunei Darussalam's longstanding religious tradition, observed through the recitation of Surah Yassin in mosques and suraus to seek blessings, forgiveness, acceptance, and protection from Allah Subhanahu wa Ta'ala.

 


TUDB MENGADAKAN MAJLIS SAMBUTAN MALAM NISFU SYA'ABAN 1447 HIJRAH

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Isnin, 02 Februari 2026 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan Majlis Sambutan Nisfu Sya'aban 1447 Hijrah di Surau Al-Barakah, Pangkalan Tentera Udara Rimba, bersempena dengan sambutan peringkat Kementerian Pertahanan yang dilaksanakan serentak di seluruh surau Perkhemahan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), termasuk Masjid Pulau Baru-Baru.

Surau Al-Barakah telah diberi penghormatan sebagai lokasi tumpuan sambutan pada tahun ini serta menjadi tuan rumah kepada kehadiran Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, serta Yang Mulia Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohd Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Timbalan Pemerintah ABDB dan Pemangku Pemerintah TUDB.

Turut hadir ialah para Pengarah, Pegawai Kanan, Pegawai dan anggota Kementerian Pertahanan, di samping Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Pemangku Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Penghulu Mukim Gadong, serta Ketua-Ketua Kampung Rancangan Perumahan Negara (RPN) Rimba.

Majlis dimulakan dengan sembahyang Fardu Maghrib berjemaah, diikuti dengan sembahyang Sunat Hajat, Doa Selamat, dan doa khas memohon keberkatan, kesejahteraan serta kemakmuran berterusan bagi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Majlis seterusnya diteruskan dengan bacaan Surah Yasin sebanyak tiga kali beserta doa yang dipimpin oleh Yang Mulia Imam Awang Muhammad Fathurrahman bin Haji Awang Matali, Imam Surau Al-Barakah, dan diakhiri dengan sembahyang Fardu Isya' berjemaah.

Sambutan Nisfu Sya'aban ini mencerminkan tradisi keagamaan yang telah lama diamalkan di Negara Brunei Darussalam melalui bacaan Surah Yasin di masjid-masjid dan surau-surau dengan tujuan memohon keberkatan, keampunan, penerimaan amalan serta perlindungan daripada Allah Subhanahu wa Ta'ala.