RIMBA AIR FORCE BASE, Monday, 02 February 2026 – The Royal Brunei Air Force (RBAirF) held a Promotion Ceremony for RBAirF Headquarters personnel at Dewan Punai, Rimba Air Force Base. The ceremony recognised the promotion of 07 personnel to the ranks of Acting Corporal, Acting Sergeant, Substantive Sergeant and Staff Sergeant.
The ceremony was officiated by the Guest of Honour, Lieutenant Colonel (U) Mohd Hairy Erwandy bin Haji Raya, Chief of Staff of the RBAirF. Also in attendance were Senior Officers, Officers, Senior Non-Commissioned Officers, and family members of the promoted personnel. The ceremony commenced with the recitation of
Surah Al-Fatihah and
Doa Selamat, followed by the presentation of rank insignia.
The promotion ceremony served as formal recognition of the promoted personnel's professional performance, discipline and commitment, reflecting the RBAirF's confidence in their readiness to assume greater responsibilities in support of operational readiness.
The RBAirF extends its congratulations to all promoted personnel and expresses its hope that this achievement will continue to inspire excellence, dedication and professionalism in the execution of their duties.


MAJLIS KENAIKAN PANGKAT ANGGOTA MARKAS TUDB
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Isnin, 02 Februari 2026 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan Majlis Kenaikan Pangkat bagi anggota Markas TUDB di Dewan Punai, Pangkalan Tentera Udara Rimba. Majlis ini mengiktiraf kenaikan pangkat 07 orang anggota ke jawatan Pemangku Koperal, Pemangku Sarjan, Sarjan Tetap dan Sarjan Staf.
Majlis ini telah disempurnakan oleh Tetamu Kehormat, Leftenan Kolonel (U) Mohd Hairy Erwandy bin Haji Raya, Ketua Staf TUDB. Turut hadir ialah Pegawai Kanan, Pegawai, Pegawai Tidak Bertauliah (PTB) Kanan serta ahli keluarga anggota yang dinaikkan pangkat. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat, diikuti dengan penyampaian lencana pangkat kepada anggota yang dinaikkan pangkat.
Majlis kenaikan pangkat ini merupakan pengiktirafan rasmi terhadap prestasi profesional, disiplin dan komitmen anggota yang dinaikkan pangkat, sekali gus mencerminkan keyakinan TUDB terhadap kesiapsiagaan mereka untuk memikul tanggungjawab yang lebih besar dalam menyokong kesiapsiagaan operasi.
TUDB merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua anggota yang dinaikkan pangkat dan berharap pencapaian ini akan terus menjadi pendorong kepada kecemerlangan, dedikasi dan profesionalisme dalam pelaksanaan tugas.

