Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

STUDY DAY FOR NO. 5 WING, SUPPORT GROUP, RBAirF

​RIMBA AIR FORCE BASE, Friday, 30 January 2026 52 Squadron, No. 5 Wing, Support Group, Royal Brunei Air Force (RBAirF) successfully conducted the No. 5 Wing Study Day on the Aircraft Component Disposal Process at the 52 Squadron Lecture Room.

The event was officiated by Major (U) Muhammad Ammar Rusyduddin bin Ahmad, Deputy Wing Commander of No. 5 Wing, as the Guest of Honour. Also in attendance were the Senior Engineering Officer (SEngO), officers from No. 5 Wing, as well as Warrant Officer Engineers (WOEng) and Warrant Officers In-Charge (WOIC).

The Study Day aimed to enhance participants' understanding of aircraft and component disposal procedures, including roles and responsibilities, governing regulations, and proper asset handling throughout the disposal lifecycle. The session also addressed practical challenges and lessons learned, particularly in documentation coordination and regulatory compliance.

Through presentations and discussions, 52 Squadron seeks to strengthen procedural compliance, improve inter-squadron coordination, and promote a structured and accountable approach to aircraft component disposal across No. 5 Wing, supporting effective asset management and airworthiness governance within the RBAirF.

HARI PENGAJIAN BAGI CAWANGAN NO. 5, KUMPULAN BANTU, TUDB


PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Jumaat, 30 Januari 2026 – Skuadron 52, Cawangan No. 5, Kumpulan Bantu, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah berjaya melaksanakan Hari Pengajian Cawangan No. 5 mengenai Proses Pelupusan Komponen Pesawat yang berlangsung di Bilik Kuliah Skuadron 52.

Majlis ini dihadiri oleh Mejar (U) Muhammad Ammar Rusyduddin bin Ahmad, Timbalan Pemerintah Cawangan No. 5, selaku Tetamu Kehormat. Turut hadir ialah Pegawai Kejuruteraan Kanan, Pegawai-pegawai Cawangan No. 5, serta Pegawai Waran Kejuruteraan dan Pegawai Waran Penguasa.

Objektif Hari Pengajian ini adalah untuk meningkatkan kefahaman para peserta mengenai prosedur pelupusan pesawat dan komponen, termasuk peranan dan tanggungjawab, peraturan yang mengawal selia, serta pengendalian aset yang betul sepanjang kitaran pelupusan. Sesi ini turut menekankan cabaran praktikal dan pengajaran yang diperoleh, khususnya dalam penyelarasan dokumentasi dan pematuhan peraturan semasa aktiviti pelupusan komponen.

Melalui pembentangan dan perbincangan, Skuadron 52 berhasrat untuk memperkukuhkan pematuhan prosedur, meningkatkan penyelarasan antara skuadron, serta menggalakkan pendekatan yang lebih tersusun dan berakauntabiliti dalam pelupusan komponen pesawat di seluruh Cawangan No. 5, sekali gus menyokong pengurusan dan tadbir urus aset TUDB yang berkesan.