RIMBA AIR FORCE BASE, Friday, 21 November 2025 – Five Royal Brunei Air Force (RBAirF) personnel from No. 1 Wing have successfully completed their flying training as crewmen and were officially awarded their Wing badges in a ceremony held at Punai Hall, Rimba Air Force Base.
Present as the Guest of Honour for the ceremony was Lieutenant Colonel (U) Pg Md Zulhusmi bin Pg Md Roslan, Commander Operations Group, RBAirF. The symbolic presentation of Wing badges marks the culmination of months of rigorous training. This achievement signifies their readiness to undertake operational duties required to fulfill RBAirF's mission and roles. The ceremony concluded with a group photo session to commemorate the event.
This significant milestone reflects RBAirF's ongoing commitment to developing highly skilled aircrew capable of supporting national air operations. The newly winged crewmen will now continue their journey as Operational Crewmen under No. 1 Wing, where they will further contribute to the operational readiness and effectiveness of the RBAirF.




.JPG)

MAJLIS PENYAMPAIAN LENCANA ANAK BUAH PESAWAT PENGAMBILAN 35 DAN 36
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Jumaat, 21 November 2025 – Lima anggota Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) dari Cawangan No. 1 telah berjaya menamatkan latihan penerbangan sebagai anak buah pesawat dan secara rasmi dianugerahkan lencana penerbangan anak buah pesawat dalam satu majlis yang berlangsung di Dewan Punai, Pangkalan Tentera Udara Rimba.
Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Leftenan Kolonel (U) Pg Md Zulhusmi bin Pg Md Roslan, Pemerintah Kumpulan Gerakan, TUDB. Penyampaian simbolik lencana Wing merupakan kemuncak kepada beberapa bulan latihan yang dijalankan secara intensif. Pencapaian ini menandakan kejayaan anak-anak buah pesawat mengecapi tahap kesiapsiagaan yang diperlukan untuk melaksanakan tugas-tugas operasi dalam memenuhi misi serta peranan TUDB. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar kenangan.
Pencapaian penting ini turut mencerminkan komitmen berterusan TUDB dalam melahirkan anak buah pesawat yang berkemahiran tinggi serta berkeupayaan menyokong operasi udara negara. Para penerima lencana baharu ini akan meneruskan kerjaya mereka sebagai anak buah pesawat di Cawangan No. 1 dan seterusnya menyumbang kepada peningkatan kesiapsiagaan serta keberkesanan operasi TUDB.



