Rimba Air Force Base, Thursday, 10 July 2025 – The Royal Brunei Air Force (RBAirF) hosted a study visit from the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Command and Staff College (CSC) Course 15/2025 as part of the course's academic programme to enhance understanding of the operational roles and functions of RBAirF establishments.
The delegation, comprising 1 Civilian from the Ministry Of Defence, 18 local officers from the RBAF and Royal Brunei Police Force, along with 19 international officers received an overview of the RBAirF including its future development plans to ensure continued operational readiness to safeguard national security.
The CSC delegation had the opportunity to engage with Colonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Commander of the RBAirF and the RBAirF Board Executive. In his opening remarks, the Commander expressed his appreciation for the visit and engaged in meaningful dialogue with the Air Force leadership.
Major (U) Muhammad Ammar Rusyduddin bin Ahmad, representing RBAF CSC 15/2025, conveyed the group's appreciation for the insightful engagement and presented the Commander of the RBAirF with an appreciation memento before concluding with a group photo session.
The programme continued with a visit to Hangar B, where participants viewed a static display of RBAirF assets presented by both Operations and Support Groups. This visit reflects the strong commitment of the RBAF Command and Staff College to fostering joint understanding and collaboration among defence and security stakeholders, while also strengthening professional military education across services and with international partners.





LAWATAN KERJA SAMBIL BELAJAR KURSUS MAKTAB TURUS 15/2025 KE TUDB
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Khamis, 10 Julai 2025 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah menerima lawatan kerja sambil belajar daripada peserta Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) Kursus Maktab Turus 15/2025 sebagai sebahagian daripada program akademik kursus tersebut untuk mempertingkatkan pemahaman terhadap peranan dan fungsi operasi penubuhan TUDB.
Delegasi yang terdiri daripada 1 Anggota Awam daripada Kementerian Pertahanan, 18 pegawai daripada ABDB dan Pasukan Polis Diraja Brunei serta 19 pegawai antarabangsa telah diberi taklimat mengenai TUDB termasuk perancangan pembangunan masa depan bagi memastikan kesiagaan operasi yang berterusan demi mempertahankan keselamatan negara.
Delegasi turut berpeluang untuk berinteraksi bersama Kolonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Pemerintah TUDB serta Badan Eksekutif TUDB. Dalam ucapan alu-aluannya, Pemerintah TUDB menyatakan penghargaan atas lawatan tersebut dan turut terlibat dalam dialog yang bermakna bersama barisan kepimpinan TUDB.
Mejar (U) Muhammad Ammar Rusyduddin bin Ahmad, wakil Kursus Maktab Turus 15/2025, menyampaikan ucapan penghargaan atas sesi interaksi yang bermanfaat dan seterusnya menyampaikan cenderahati penghargaan kepada Pemerintah TUDB sebelum sesi bergambar beramai-ramai.
Program diteruskan dengan lawatan ke Hangar B, di mana para peserta melihat pameran statik aset-aset TUDB yang dipersembahkan oleh Kumpulan Operasi dan Kumpulan Bantu. Lawatan ini mencerminkan komitmen kukuh Maktab Turus ABDB dalam memupuk pemahaman dan kerjasama bersama antara pihak pertahanan dan keselamatan, di samping memperkukuh pendidikan ketenteraan profesional merentas perkhidmatan serta dengan rakan-rakan antarabangsa.




