RIMBA AIR FORCE BASE, Wednesday, 18 June 2025 – The Royal Brunei Air Force (RBAirF) hosted an educational visit by 23 students and 4 staff members from the BIBD's Advocating Life-Long Learning for Aspiring Future (ALAF) Program at Rimba Air Force Base.
The visit commenced with an introductory brief on the RBAirF delivered by Lt (U) Nurul Hafizah binti Haji Amdan from No. 7 Wing, Training Group. This was followed by a tour of the static display exhibition, showcasing various assets and equipment currently in use by RBAirF. The tour provided students with a valuable opportunity to engage with the equipment up close and interact directly with RBAirF personnel, enhancing their understanding.
The visit concluded with a memorable photo session involving the students, staff members, and RBAirF personnel. This session served as a fitting recognition of their visit. Through direct interaction with RBAirF personnels, students were able to learn more about the organisation and develop a greater interest in future professions in the Royal Brunei Air Force.



LAWATAN SAMBIL BELAJAR PELAJAR BIBD ALAF KE PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA SEMPENA PROGRAM CCA CUTI PERSEKOLAHAN
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Rabu, 18 Jun 2025 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah menerima lawatan sambil belajar daripada 23 orang pelajar dan 4 orang kakitangan BIBD ALAF yang diadakan di Pangkalan Tentera Udara Rimba.
Lawatan dimulakan dengan taklimat pengenalan mengenai organisasi yang disampaikan oleh Lt (U) Nurul Hafizah binti Haji Amdan dari Cawangan No. 7, Kumpulan Latihan, TUDB. Lawatan diteruskan dengan pameran statik yang mempamerkan pelbagai aset dan peralatan yang terkini digunakan oleh anggota TUDB. Lawatan ini memberi peluang yang berharga kepada para pelajar untuk melihat dengan lebih dekat aset-aset tersebut serta berinteraksi secara langsung dengan anggota TUDB, sekaligus meningkatkan pemahaman mereka.
Lawatan diakhiri dengan sesi bergambar kenang-kenangan yang melibatkan para pelajar, kakitangan BIBD ALAF serta anggota-anggota TUDB, sebagai simbolik penghargaan atas kehadiran mereka. Menerusi interaksi secara langsung bersama anggota TUDB, para pelajar berpeluang untuk mengetahui lebih lanjut mengenai organisasi ini serta menanam minat terhadap kerjaya masa depan dalam perkhidmatan Tentera Udara Diraja Brunei.

