Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

THE CLOSING CEREMONY OF THE FIRST INTERMEDIATE AIR FORCE OFFICERS’ DEVELOPMENT COURSE (IAODC) 2025

​RIMBA AIR FORCE BASE, Tuesday, 17 June 2025 – The Closing Ceremony of its first Royal Brunei Air Force (RBAirF) Intermediate Air Force Officers' Development Course (IAODC) was held at Punai Hall, Rimba Air Force Base. A total of nineteen (19) Captains of various vocations in the RBAirF successfully completed the six-week course conducted from 5 May to 13 June 2025.

Colonel (U) Hismawadi bin Haji Mohammad Said, Deputy Commander of the RBAirF graced the event with the attendance of senior RBAirF officers, personnel, and invited guests from Canadian Aviation Electronics (CAE), Intelligence Training Wing (ITW), and external units.

The ceremony began with the course overview remarks from the Course Director Major (U) Muhammad Isyhak bin Haji Ismail that noted the success of this course was made possible by the establishment of No. 8 Wing as RBAirF's dedicated education wing, and the valuable support from directing staff with diverse operational backgrounds and expertise.

The Guest of Honour delivered his address by congratulating all course participants and emphasised that this course represents a major milestone in the RBAirF's training development initiatives. He also encouraged the adoption of new ideas and methodologies to ensure RBAirF personnel remain prepared and capable in facing future challenges.

The event continued with the presentation of certificates to all IAODC participants by the Guest of Honour. A token of appreciation was also presented to the special guest, Haji Rozman bin Junaidi, General Manager of CAE, in recognition of CAE's support in providing facilities and accommodation throughout the course.

Two special awards were presented to outstanding participants:

Captain (U) Norizi Wafiahtul Afiqah binti Mohd Shahrol Amira received the Best Achievement Award for the Air Power module.

Captain (U) Ameer Farhan bin Zailani received the Best Achievement Award for the Military Planning module.

The IAODC was designed to broaden and deepen RBAirF officers' understanding of modern air power application and RBAirF's role in Joint Operations. It also aims to cultivate critical thinking skills in support of enhanced operational readiness and leadership development within the RBAirF. The RBAirF congratulates its nineteen officers on the successful completion of this important milestone and remains committed to investing in the growth and development of its future leaders.


MAJLIS PENUTUP INTERMEDIATE AIR FORCE OFFICERS' DEVELOPMENT COURSE (IAODC) 2025

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Selasa, 17 Jun 2025 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan Majlis Penutup Intermediate Air Force Officers' Development Course (IAODC) yang pertama bertempat di Dewan Punai, Pangkalan Tentera Udara Rimba. Seramai sembilan belas (19) pegawai berpangkat Kapten daripada pelbagai unit di dalam dan luar TUDB telah berjaya menamatkan kursus selama enam minggu yang berlangsung dari 5 Mei hingga 13 Jun 2025 tersebut.

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Kolonel (U) Hismawadi bin Haji Mohammad Said, Timbalan Pemerintah TUDB. Turut hadir ialah pegawai-pegawai kanan TUDB, pegawai-pegawai dan anggota TUDB, serta jemputan khas daripada Canadian Aviation Electronics (CAE), Intelligence Training Wing (ITW), dan unit-unit luar.

Dalam ucapan ringkas mengenai kursus tersebut secara keseluruhan, Pengarah Kursus Mejar (U) Muhammad Isyhak bin Haji Ismail menyatakan bahawa kejayaan pelaksanaan kursus yang mula dibangunkan pada tahun 2019 ini adalah hasil daripada penubuhan Cawangan No. 8 sebagai cawangan pendidikan khusus TUDB serta sokongan daripada para juruarah yang mempunyai pengalaman dalam pelbagai bidang dan latar belakang operasi.

Tetamu Kehormat dalam ucapannya mengucapkan tahniah kepada semua peserta kursus dan menekankan bahawa kursus ini merupakan langkah penting dalam pembangunan inisiatif latihan TUDB. Beliau turut menggalakkan penerapan idea-idea dan kaedah baru dalam memastikan warga TUDB sentiasa bersedia dan bekeupayaan dalam menghadapi cabaran masa hadapan.

Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil oleh Tetamu Kehormat kepada semua peserta kursus IAODC. Seterusnya, cenderahati penghargaan turut disampaikan kepada tetamu khas, Awang Haji Rozman bin Junaidi, Pengurus Besar CAE, sebagai tanda penghargaan atas sokongan CAE dalam menyediakan kemudahan dan fasiliti di sepanjang kursus berlangsung.

Dua anugerah khas telah disampaikan kepada peserta terbaik kursus:

Kapten (U) Norizi Wafiahtul Afiqah binti Mohd Shahrol Amira menerima Anugerah Pencapaian Terbaik bagi modul Air Power.

Kapten (U) Ameer Farhan bin Zailani menerima Anugerah Pencapaian Terbaik bagi modul Military Planning.

Acara diakhiri dengan tayangan video daripada para peserta kursus IAODC, bacaan Doa Selamat dan sesi bergambar ramai. Kursus IAODC ini dirangka bagi memperluas dan memperdalam pengetahuan pegawai TUDB mengenai aplikasi Air Power moden dan peranan TUDB dalam Operasi Bersama. Kursus ini juga bertujuan untuk meningkatkan keupayaan berfikir secara kritikal dalam usaha memperkukuh kesiapsiagaan dan pembangunan kepimpinan dalam kalangan pegawai TUDB.TUDB mengucapkan tahniah kepada kesembilan belas pegawai atas kejayaan menamatkan kursus ini dan terus komited dalam usaha membangunkan kepimpinan masa hadapan organisasi.