RIMBA AIR FORCE BASE, Thursday, 06 February 2025 – The Royal Brunei Air Force (RBAirF) held the Handover Ceremony of the Senior Rank Mess Committee at Dewan Punai, Rimba Air Force Base, highlighting the continuity of leadership within the esteemed institution.
Gracing the ceremony as the Guest of Honour was Warrant Officer 1 (U) Suziman bin Sabli, Acting Royal Brunei Air Force Sergeant Major. The highlight of the event was the Signing of the Handover Certificate, signifying the official transition of responsibilities from Warrant Officer 1 (U) Mohd Hassanudin bin Hj Md Arshad to his successor, Warrant Officer 1 (U) Haji Maryadi bin Haji Japar, as the President of the Senior Rank Mess Committee.
The ceremony commenced with the recitation of
Surah Al-Fatihah, led by Ustaz Pg Fakhrul Syakirin bin Pg Hj Zainuddin. This was followed by an address from the incoming President of the Senior Rank Mess Committee, reaffirming the committee's commitment to fostering camaraderie and professionalism within the Senior Ranks of the RBAirF.
In recognition of their contributions, members of the Senior Rank Mess Committee 2024 were presented with tokens of appreciation by the Guest of Honour. The ceremony concluded with the recitation of the Closing Prayer, marking the official transition of leadership within the Mess Committee.


MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS JAWATANKUASA MES PTB KANAN TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Khamis, 06 Februari 2025 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan Majlis Serah Terima Jawatan Jawatankuasa Mes PTB Kanan di Dewan Punai, Pangkalan Tentera Udara Rimba, yang menekankan kesinambungan kepimpinan dalam institusi yang dihormati ini.
Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Pegawai Waran 1 (U) Suziman bin Sabli, Pemangku Sarjan Mejar Tentera Udara Diraja Brunei. Kemuncak acara adalah Penandatanganan Sijil Serah Terima, yang menandakan peralihan rasmi tanggungjawab daripada Pegawai Waran 1 (U) Mohd Hassanudin bin Hj Md Arshad kepada penggantinya, Pegawai Waran 1 (U) Haji Maryadi bin Haji Japar, selaku Pengerusi Jawatankuasa Mess Pegawai Waran.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Ustaz Pg Fakhrul Syakirin bin Pg Hj Zainuddin, diikuti dengan ucapan daripada Pengerusi Jawatankuasa Mess Pegawai Waran yang baharu, yang menegaskan komitmen jawatankuasa dalam memupuk semangat muhibah dan profesionalisme dalam kalangan Pegawai Waran TUDB.
Sebagai penghargaan terhadap sumbangan mereka, ahli Jawatankuasa Mess Pegawai Waran 2024 telah menerima cenderamata yang disampaikan oleh Tetamu Kehormat. Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Penutup, menandakan peralihan rasmi kepimpinan dalam Jawatankuasa Mess Pegawai Waran.
