BANDAR SERI BEGAWAN, Sunday, 04 August 2024 - His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam consented to participate in the cycling event 'Riadah Berbasikal Keputeraan 2024' with other members of the Royal Family at the Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien.
Riadah Berbasikal Keputeraan 2024, organised by the Ministry of Culture, Youth and Sports was held in conjunction with the His Majesty's 78th Birthday, which aimed to support the aspiration of the nation by revitalizing Bandar Seri Begawan through the activities of 'BandarKu Ceria' and supporting Brunei Darussalam's National Healthy Living Program.
Among the participants were Officers and personnel from the Royal Brunei Air Force (RBAirF) and their families, led by Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Hj Ibrahim, RBAirF Commander. Also present were RBAirF Board of Executive and Senior Officers.
The Riadah Berbasikal Keputeraan 2024 route covered a distance of approximately 10 kilometers, passing several main roads in Bandar Seri Begawan.
TUDB MENYERTAI RIADAH BERBASIKAL KEPUTERAAN 2023
BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 02 Ogos 2024 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan berangkat bercemar duli bagi menyertai acara Riadah Berbasikal Keputeraan 2024 bersama Ahli-ahli Kerabat Diraja di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien.
Riadah Berbasikal Keputeraan 2024 ini dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan bersempena dengan Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, yang ke-78 Tahun, yang bertujuan sama untuk mendokong aspirasi Negara dengan menghidupkan Bandar Seri Begawan melalui aktiviti Bandar Ku Ceria dan mendokong Program Gaya Hidup Sihat Negara Brunei Darussalam.
Turut serta dalam memeriahkan lagi acara tersebut adalah pegawai-pegawai dan anggota-anggota Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) yang diketuai oleh Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Pemerintah TUDB. Turut hadir juga adalah Ahli Badan Eksekutif TUDB serta Pegawai-Pegawai Kanan yang lain.
Riadah Berbasikal Keputeraan 2024 mengelilingi Bandar Seri Begawan berjarak sejauh hampir 10 kilometer, melalui beberapa jalan-jalan utama Bandar Seri Begawan.