Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

RBAirF OFFICER COMPLETED APPROACH PROCEDURAL CONTROL AND APPROACH SURVEILLANCE CONTROL COURSE

​SELANGOR, Friday, 02 August 2024 - A Royal Brunei Air Force (RBAirF) Officer successfully completed the International Civil Aviation Organisation (ICAO) 053 Approach Procedural Control course and the ICAO 054 Approach Surveillance Control Course in Selangor, Malaysia.

Captain (U) Muhammad Radzi bin Haji Amin from 37 Squadron, No. 3 Wing, RBAirF attended the comprehensive 13-week training program conducted by the Aviation Academy (AVAC), Clearwisdom Sdn. Bhd from 06 May 2024 to 02 August 2024. The course provided advanced skills and knowledge in managing airspace with complex air traffic scenarios including emergency situations. This accomplishment reflects 37 Squadron's ongoing commitment to advancing the expertise and proficiency of its personnel.

Participants to the course had the opportunity to visit Air Traffic Control Centres at Sultan Azlan Shah Airport in Ipoh, Perak, and Senai International Airport in Johor Bahru, where participants were exposed to live operations and introduced to the procedures and modern technologies critical for ensuring safe and efficient flight operations. The visits highlighted the precision and expertise of the air traffic controllers as they managed high-density traffic and guiding pilots to their destinations. RBAirF would like to congratulate Captain (U) Muhamamamd Radzi for completing the course.


PEGAWAI TUDB MENAMATKAN KURSUS APPROACH PROCEDURAL CONTROL AND APPROACH SURVEILLANCE CONTROL

SELANGOR, Jumaat, 02 Ogos 2024 - Seorang Pegawai Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) berjaya menamatkan  Kursus International Civil Aviation Organisation (ICAO) 053 Approach Procedural Control dan The ICAO 054 Approach Surveillance Control di Selangor, Malaysia.

Kapten (U) Muhammad Radzi bin Haji Amin dari 37 Skuadron, Cawangan No. 3, TUDB telah menghadiri program latihan komprehensif selama 13 minggu yang dikendalikan oleh Aviation Academy (AVAC), ClearWisdom Sdn. pada 06 Mei 2024 hingga 02 Ogos 2024. Kursus tersebut memberikan kemahiran yang tinggi dan pengetahuan di dalam pengurusan ruang udara dengan situasi trafik udara yang kompleks dan semasa kecemasan. Pencapaian ini telah menunjukkan komitmen untuk terus mempertingkatkan kepakaran anggota 37 Skuadron.

Peserta kursus juga berpeluang untuk membuat lawatan sambil belajar ke Pusat Kawalan Trafik Udara Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah di Ipoh, Perak, dan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai di Johor Bahru, yang mana peserta kursus didedahkan kepada operasi secara langsung dan diperkenalkan kepada prosedur serta teknologi yang diperlukan untuk memastikan operasi penerbangan yang selamat dan efisien. Lawatan tersebut menekankan ketepatan dan kepakaran pengawal trafik udara dalam pengurusan trafik yang padat dan membantu juruterbang sampai ke destinasi. TUDB mengucapkan tahniah kepada Kapten (U) Radzi kerana telah menamatkan kursus tersebut.