BRUNEI DARUSSALAM,
Tuesday, 04 June 2024 – In strengthening cooperation and defence diplomacy between the Royal Brunei Air Force (RBAirF) and the Singapore Air Force (RSAF), the Senior Warrant Officer Exchange Programme (SWEP 2024) was hosted by RBAirF from 30 May 2024 to 03 June 2024. Warrant Officer 1 (U) Pg Hj Redzaini bin Pg Hj Ahmad, RBAirF Base Sergeant Major with RBAirF delegations welcomed Military Expert 6 Ng See Lye, Air Force Command Chief and the RSAF delegation.
SWEP 2024 provides an avenue to strengthen and enhance cooperation among senior Warrant Officers from both Air Forces. The RSAF delegation had the opportunity to visit the various wings of the RBAirF and attended the 63rd Royal Brunei Armed Forces Grand Parade. This allowed the delegation to conduct professional exchanges and information sharing with RBAirF personnel. The RSAF delegation also had the opportunity to enrich their understanding of the country's rich heritage through the excursions of national landmarks and places of interest.
SWEP is an annual activity that is rotationally hosted between RBAirF and RSAF to enhance the partnership through various professional interactions and visits. The SWEP program exemplifies the close and cordial bilateral relations between the RSAF and the RBAirF.
.jpeg)



PROGRAM PERTUKARAN PEGAWAI WARAN KANAN DI ANTARA TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI DENGAN TENTERA UDARA REPUBLIK SINGAPURA
BRUNEI DARUSSALAM, Selasa 04 june 2024 - Dalam memperkukuhkan kerjasama dan diplomasi pertahanan antara Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) dan Tentera Udara Singapura (TURS),
Senior Warrant Officer Exchange Programme (SWEP 2024) yang dianjurkan oleh TUDB bermula dari 30 Mei 2024 hingga 03 Jun 2024. Pegawai Waran 1 (U) Pg Hj Redzaini bin Pg Hj Ahmad, Sarjan Major Pangkalan TUDB bersama rombongan menyambut Military Expert 6 Ng See Lye, Air Force Command Chief dengan rombongan TURS.
SWEP 2024 memberikan peluang untuk mengukuhkan dan meningkatkan lagi kerjasama diantara Pegawai Tidak Bertauliah Kanan dari kedua-dua Tenteta Udara. Delegasi TURS berpeluang untuk melawat cawangan-cawangan TUDB dan menyaksikan Perbarisan Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei ke-63. Ini membolehkan mereka mengadakan pertukaran dan perkongsian maklumat secara profesional bersama anggota TUDB. Delegasi TURS juga berpeluang memperkayakan kefahaman tentang warisan negara melalui lawatan ke mercu tanda negara dan tempat-tempat menarik.
SWEP adalah satu aktiviti tahunan yang dianjurkan secara bergilir antara TUDB dan TURS untuk memperkukuhkan perkongsian melalui lawatan dan interaksi secara profesional. Secara keseluruhan, program SWEP mencerminkan hubungan dua hala yang rapat dan mesra antara TUDB dan TURS.
.jpeg)
