MUKIM KUALA BELAIT, Monday, 16 February 2026 – The Royal Brunei Armed Forces (RBAF) held a Handover Ceremony for the
Titian Amal Project in conjunction with the RBAF's 64th Anniversary, at the residence of Yang Mulia Private (Retired) Pengiran Basar binti Pengiran Haji Omar in Kampong Pandan, Belait District.
Present as the Guest of Honour representing the Commander of the RBAF was Yang Mulia Brigadier General (Udara) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Commander of the Royal Brunei Air Force (RBAirF). Also in attendance were the Acting Belait District Officer, Services Deputy Commanders, senior officers, officers and personnel of the RBAF, the Penghulu of Mukim Kuala Belait, the Village Head of Kampong Pandan, and members of the RBAF Veterans Association.
The ceremony commenced with the recitation of
Surah Al-Fatihah and a
Tazkirah delivered by Yang Mulia Captain (Udara) Haji Muhammad Syasuandi @ Muhammad Rushdie bin Haji Abu Bakar. This was followed by a project progress briefing presented by Yang Mulia Major (Udara) Pengiran Muhammad Qamarul Ehsan bin Haji Hassan, Chairman of the
Titian Amal Project for the RBAF 64th Anniversary.
The Guest of Honour subsequently presented a commemorative memento to Yang Mulia Private (Retired) Pengiran Basar binti Pengiran Haji Omar as a symbolic gesture marking the official handover of the completed renovated residence. This ceremony marked the first of four
Titian Amal Projects handovers scheduled to be carried out nationwide in conjunction with the RBAF's 64th Anniversary. The ceremony concluded with a group photo session.
The renovation works were carried out from 22 December 2025 to 13 February 2026 through collaborative efforts between RBAirF personnel and the Assault Pioneer Platoon from the 3rd Battalion, Royal Brunei Land Forces (3Bn RBLF).
The
Titian Amal Project is an annual RBAF initiative focused on community engagement and social responsibility. Beyond commemorating the anniversary, the project aims to strengthen civil-military relations, foster volunteerism among personnel, and enhance partnerships with local communities and government agencies in support of national development.







MAJLIS PENYERAHAN PROJEK TITIAN AMAL SEMPENA SAMBUTAN
HARI
ULANG TAHUN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI KE-64 DI KAMPONG PANDAN, MUKIM KUALA BELAIT, DAERAH BELAIT
MUKIM KUALA BELAIT, Isnin, 16 Februari 2026 – Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah mengadakan Majlis Penyerahan Projek Titian Amal sempena Sambutan Hari Ulang Tahun ABDB (HUT ABDB) Ke-64, bertempat di kediaman Yang Mulia Soldadu (Bersara) Pengiran Basar binti Pengiran Haji Omar di Kampong Pandan, Daerah Belait.
Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi mewakili Pemerintah ABDB ialah Yang Mulia Brigedier Jeneral (Udara) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB). Turut hadir ialah Pemangku Pegawai Daerah Belait, Timbalan-Timbalan Pemerintah Angkatan Tentera, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai dan anggota ABDB, Penghulu Mukim Kuala Belait, Ketua Kampung Pandan, serta ahli-ahli Persatuan Veteran ABDB.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Tazkirah yang disampaikan oleh Yang Mulia Kapten (Udara) Haji Muhammad Syasuandi @ Muhammad Rushdie bin Haji Abu Bakar. Seterusnya, taklimat perkembangan projek telah disampaikan oleh Yang Mulia Mejar (Udara) Pengiran Muhammad Qamarul Ehsan bin Haji Hassan, Pengerusi Projek Titian Amal bagi HUT ABDB Ke-64.
Tetamu Kehormat kemudiannya menyampaikan cenderamata kenangan kepada Yang Mulia Soldadu (Bersara) Pengiran Basar binti Pengiran Haji Omar sebagai simbolik penyerahan rasmi kediaman yang telah selesai diubah suai. Majlis ini merupakan penyerahan yang pertama daripada empat siri Projek Titian Amal yang dijadualkan dilaksanakan di seluruh negara sempena sambutan HUT ABDB Ke-64. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar ramai.
Projek pengubahsuaian tersebut telah dilaksanakan bermula dari 22 Disember 2025 hingga 13 Februari 2026 dan merupakan hasil usaha bersepadu dan dedikasi anggota TUDB bersama Platoon Rintis Serang dari Batalion Ketiga, Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB).
Projek Titian Amal merupakan inisiatif tahunan ABDB yang memberi tumpuan kepada khidmat masyarakat dan tanggungjawab sosial. Selain menyemarakkan sambutan HUT ABDB, projek ini juga bertujuan untuk memperkukuh hubungan sivil-tentera, memupuk semangat kesukarelawanan dalam kalangan anggota, serta mempererat kerjasama dengan masyarakat setempat dan agensi-agensi kerajaan dalam menyokong usaha pembangunan negara.