BOLKIAH GARRISON, Wednesday, 11 February 2026 –The Ministry of Defence today held a Ceremony for the Distribution of Dates, as a Personal Gift from His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, in conjunction with the arrival of the holy month of Ramadhan 1447 Hijrah/2026 Masihi. The ceremony took place at the Tower Block, Ministry of Defence, Bolkiah Garrison.
Present to officiate the ceremony were Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), and Yang Mulia Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Permanent Secretary at the Ministry of Defence.
The ceremony commenced with the recitation of
Sayyidul Istighfar and
Surah Al-Fatihah, followed by a
Tazkirah titled “CintaNya Semanis Kurma", and the recitation of
Selawat Tafriyjiyyah. The ceremony then continued with the distribution of Dates as a Personal Gift from His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam to the Joint Force Commander, Directors, and Senior Officers from the Military and Civilian Directorates and Units of the Ministry of Defence.
The ceremony concluded with the recitation of a Special
Doa for the Ceremony for the Distribution of Dates as a Personal Gift from His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, followed by
Doa Peliharakan Sultan and Negara Brunei Darussalam, recited by Yang Mulia Lieutenant Colonel Abdul Mujib bin Haji Japar, Acting Director of the RBAF Religious Directorate (JAMA'AT).
The distribution of the personal gift Dates symbolises the love and care of His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam towards his people, and is carried out annually ahead of the arrival of the holy month of Ramadhan.










PEGAWAI-PEGAWAI DAN ANGGOTA KEMENTERIAN PERTAHANAN MENERIMA KURMA KURNIA PERIBADI KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
BOLKIAH GARISON, Rabu, 11 Februari 2026 – Kementerian Pertahanan hari ini telah mengadakan Majlis Pengagihan Kurma Kurnia Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, bersempena dengan ketibaan bulan suci Ramadhan 1447 Hijrah/2026 Masihi. Majlis tersebut berlangsung di Blok Menara, Kementerian Pertahanan, Bolkiah Garison.
Hadir bagi menyempurnakan majlis tersebut ialah Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), dan Yang Mulia Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan.
Majlis dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan
Tazkirah bertajuk “CintaNya Semanis Kurma" serta Selawat Tafriyjiyyah. Seterusnya, majlis diteruskan dengan pengagihan Kurma Kurnia Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam kepada Pemerintah Angkatan Bersama, Pengarah-pengarah serta Pegawai-pegawai Kanan daripada Jabatanarah-jabatanarah dan Unit-unit Tentera dan Awam di Kementerian Pertahanan.
Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Khusus sempena Majlis Pengagihan Kurma Kurnia Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, diikuti Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam yang dibacakan oleh Yang Mulia Leftenan Kolonel Abdul Mujib bin Haji Japar, Pemangku Pengarah Jabatanarah Agama ABDB (JAMA'AT).
Pengagihan Kurma Kurnia Peribadi ini melambangkan tanda kasih sayang dan keprihatinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam terhadap rakyat Baginda, serta dilaksanakan setiap tahun menjelang ketibaan bulan suci Ramadhan.