
BOLKIAH GARRISON, Tuesday, 17th February 2026 - His Royal Highness Prince Haji Al-Muhtadee Billah ibni His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, the Crown Prince and Senior Minister at the Prime Minister's Office, and Her Royal Highness Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman today attended a High Tea Reception held in conjunction with His Royal Highness' 52nd Birthday Celebration, organised by the Ministry of Defence. The reception was held at the Officers' Mess, Bolkiah Garrison.
Accompanying His Royal Highness Prince Haji Al-Muhtadee Billah and Her Royal Highness Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah to the reception were His Royal Highness Prince 'Abdul Malik and His Royal Highness 920 Lieutenant Colonel (Udara) Prince 'Abdul Mateen.
Prior to the reception, His Royal Highness the Crown Prince and Her Royal Highness Pengiran Anak Isteri as well as members of the Royal Family were introduced to the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) personnel who have completed overseas mission deployments, including the Peacekeeping Mission within the Malaysian Battalion 850-12 (MALBATT 850-12) for the United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL), and the Independent Decommissioning Body Verification Monitoring Assistance Team (IDB VMAT) in the Republic of the Philippines; recipient of the International Women In Defence UK Awards 2025 in United Kingdom; officers who have successfully completed overseas and local courses with distinction; RBAF athletes who won medals at the 33rd Southeast Asian Games in the Kingdom of Thailand and the Borneo Games 2025 in Kuching, Sarawak, Malaysia; recipients of the Public Service Excellent Employee Award in conjunction with Public Service Day 2025; and recipients of the Excellent Youth Project Award in conjunction with the 20th National Youth Day Celebration.
His Royal Highness the Crown Prince was also presented with a video presentation and a special commemorative photobook entitled “Sejambak Ristaan XIX", comprising a curated collection of photographs documenting His Royal Highness's presence at various Ministry of Defence events throughout 2025 until January 2026.
The reception was further enlivened by a Cake-Cutting Ceremony, during which His Royal Highness also graciously consented to receive a
pesambah from all members of RBAF personnel, themed
“Wajah Kepimpinan Berwibawa dalam Warisan Negara".
His Royal Highness the Crown Prince and Her Royal Highness Pengiran Anak Isteri as well as the members of the Royal Family, were greeted upon arrival by Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister at the Prime Minister's Office and Minister of Defence II and Datin; and Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the RBAF and Datin.
To bless the reception, a
Doa Kesyukuran was read by Yang Mulia Lieutenant Colonel Abdul Mujib bin Haji Japar, Acting Director of the RBAF Religious Directorate (JAMA'AT).
Prior to leaving the reception, His Royal Highness the Crown Prince and Her Royal Highness Pengiran Anak Isteri as well as members of the Royal Family received a
Junjung Ziarah from RBAF officers and personnel.













MAJLIS SANTAP PETANG SEMPENA SAMBUTAN HARI PUJA USIA DULI YANG TERAMAT MULIA PADUKA SERI PENGIRAN MUDA MAHKOTA KE- 52 TAHUN
BOLKIAH GARISON, Selasa, 17 Februari 2026 - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman hari ini berkenan berangkat ke Majlis Santap Petang sempena Sambutan Hari Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Ke-52 Tahun anjuran Kementerian Pertahanan. Majlis tersebut berlangsung di Mes Pegawai Bolkiah Garison.
Mengiringi Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri di Majlis berkenaan ialah Paduka-Paduka Adinda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri 920 Leftenan Kolonel (Udara) Pengiran Muda 'Abdul Mateen.
Sebelum Majlis Santap bermula, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri berserta ahli-ahli Kerabat Diraja disembah kenalkan kepada anggota-anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang telah menamatkan penugasan misi luar negara, termasuk Penugasan Misi Pengaman di dalam
Malaysian Battalion 850-12 (MALBATT 850-12) bagi Misi
United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL), serta Pasukan
The Independent Decommissioning Body Verification Monitoring and Assistance (IDB VMAT) di Republik Filipina; penerima Anugerah Antarabangsa
Women In Defence UK Awards 2025 di United Kingdom; pegawai-pegawai yang telah menamatkan kursus di luar negara dan kursus tempatan dengan cemerlang; atlet-atlet ABDB yang telah meraih pingat dalam Sukan Asia Tenggara Ke-33 di Kerajaan Thailand dan Sukan Borneo 2025 di Kuching, Sarawak, Malaysia; penerima-penerima Anugerah Pekerja Cemerlang Perkhidmatan Awam sempena Hari Perkhidmatan Awam 2025; dan penerima Projek Belia Cemerlang sempena Sambutan Hari Belia Kebangsaan Ke-20.
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota juga disembahkan dengan tayangan klip video dan sebuah buku khas bertajuk “Sejambak Ristaan XIX" yang menghimpunkan koleksi gambar-gambar kenangan keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia ke acara-acara Kementerian Pertahanan sepanjang tahun 2025 hingga Januari 2026.
Majlis Santap Petang tersebut turut diserikan dengan Upacara Memotong Kek Puja Usia, di mana Duli Yang Teramat Mulia juga berkenan menerima pesambah dari seluruh warga ABDB yang bertemakan “Wajah Kepimpinan Berwibawa dalam Warisan Negara".
Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri berserta ahli-ahli Kerabat Diraja yang lain dijunjung oleh Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II dan Datin; dan Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB dan Datin.
Bagi memberkati majlis, Doa Kesyukuran dibacakan oleh Yang Mulia Leftenan Kolonel Abdul Mujib bin Haji Japar, Pemangku Pengarah Jabatanarah Agama ABDB (JAMA'AT).
Sebelum berangkat meninggalkan majlis, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri berserta ahli-ahli Kerabat Diraja berkenan menerima junjung ziarah daripada pegawai-pegawai dan anggota-anggota ABDB.