
BERAKAS GARRISON, Monday, 16 February 2026 – The Ministry of Defence held a Doa Kesyukuran Ceremony in conjunction with His Royal Highness Prince Haji Al-Muhtadee Billah ibni His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, the Crown Prince and Senior Minister at the Prime Minister's Office 52nd Birthday Celebration. The ceremony was conducted simultaneously at all suraus within the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) camps, including Pulau Baru-Baru Mosque, with the focal event held at Surau Al-Fa'izun, Berakas Garrison.
Present at the ceremony was Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the RBAF; Yang Mulia Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Permanent Secretary at the Ministry of Defence; Yang Mulia Brigadier General (Udara) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Deputy Commander of the RBAF; Members of the RBAF Executive Committee, Directors, Senior Officers, Officers, personnel and staffs of the Ministry of Defence.
The ceremony commenced with the congregational Fardhu Maghrib prayer, followed by the Sunat Hajat prayer and a recitation of Surah Yaasin. To bless the event, a Special prayer in conjunction with His Royal Highness the Crown Prince's 52nd birthday celebration was recited by Yang Mulia Lieutenant Colonel Abdul Mujib bin Haji Japar, Acting Director of the RBAF Religious Directorate (JAMA'AT). The ceremony concluded with a mass Fardhu Isya' prayer.



Surau Al-Fa'izun, Berakas Garison

Surau Ad-Difa' Bolkiah Garison

Surau Al-Huda, Tentera Laut Diraja Brunei

Surau Al-Barakah, Pangkalan Tentera Udara, Rimba

Surau Al-Hikmah Penanjong Garison

Surau Perkhemahan Pengiran Ratna Indera 2Bn

Surau Ar-Rahmah, 3rd Bn Perkhemahan Lumut

Surau Al-Quwwah, Bangar Kem

Surau Asy Syuhada, Tanah Jambu

Surau Rejimen Pengawal Diraja Sungai Akar

Masjid Kampong Pulau Baru-Baru
KEMENTERIAN PERTAHANAN MENGADAKAN MAJLIS DOA KESYUKURAN SEMPENA SAMBUTAN HARI PUJA USIA DULI YANG TERAMAT MULIA PADUKA SERI PENGIRAN MUDA MAHKOTA KE-52 TAHUN
BERAKAS GARISON, Isnin, 16 Februari 2026 – Kementerian Pertahanan telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran sempena Sambutan Hari Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri yang Ke-52 Tahun. Majlis tersebut dilaksanakan secara serentak di kesemua surau Perkhemahan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), termasuk Masjid Pulau Baru-Baru dengan majlis tumpuan diadakan di Surau Al-Fa'izun, Berakas Garison.
Hadir di majlis tersebut adalah Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB; Yang Mulia Brigadier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan; Yang Mulia Brigedier Jeneral (Udara) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Timbalan Pemerintah ABDB; Ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif ABDB, Pengarah-pengarah, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai, anggota dan kakitangan Kementerian Pertahanan.
Majlis tersebut dimulakan dengan solat Fardhu Maghrib berjemaah diikuti dengan solat Sunat Hajat dan bacaan Surah Yaasin. Bagi memberkati majlis, Doa Khusus sempena Hari Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota yang Ke-52 Tahun telah dibacakan oleh Yang Mulia Leftenan Kolonel Abdul Mujib bin Haji Japar, Pemangku Pengarah Jabatanarah Agama ABDB (JAMA'AT). Majlis diakhiri dengan solat Fardhu Isya' berjemaah.