Skip Ribbon Commands
Skip to main content
PASSING-OUT PARADE FOR MALE RECRUITS OF THE 178TH INTAKE AND FEMALE RECRUITS OF THE 60TH INTAKE THE ROYAL BRUNEI ARMED FORCES



PENANJONG GARRISON, Friday, 19 December 2025 – A total of 122 male recruits of the 178th Intake and 48 female recruits of the 60th Intake of Royal Brunei Armed Forces (RBAF) have successfully completed their Basic Military Training (BMT) through the Passing-Out Parade held at the Parade Square of the Training Institute Royal Brunei Armed Forces (TI RBAF), Penanjong Garrison, this morning.


Present as the Guest of Honour was Yang Mulia First Admiral Sahibul Bahari bin Haji Zainal Abidin, RBN, Commander of the Royal Brunei Navy (RBN). Also in attendance were Deputy Service Commanders, senior officers, officers and personnel from the Ministry of Defence as well as the families and guardians of the graduating recruits.


The ceremony commenced with a parade inspection by the Guest of Honour, followed by his official address. In his speech, he extended his congratulations to all graduating recruits on their successful completion of BMT, while commending their perseverance, discipline and commitment demonstrated throughout the 14-week training programme. He also expressed his appreciation to the instructors for their dedication and the continuous strong support provided by the recruits’ parents and families.


The Guest of Honour highlighted that the BMT not only aims to strengthen military proficiency but also instils religious values, strong character, and the RBAF’s core values of Loyalty, Piety, Courage, and Professionalism. He emphasized resilience amid evolving security challenges through physical and spiritual strength, and the need to avoid negative influences. He also stressed the importance of continuous learning via bilateral, regional, and multilateral exercises to enhance operational capability, noting that a soldier’s responsibilities go beyond military duties in line with the principles of Maqasid Syariah. He concluded by urging recruits to uphold discipline, integrity, teamwork, and professionalism, and to serve the nation with loyalty and dedication.


As recognition of excellence throughout the training period, several awards were presented to recruits and instructors in their respective categories. 


For Male Recruits of the 178th Intake, the Overall Best Recruit was awarded to Recruit Abdul Azim Mohammed @ Abdul Haziq Mohammed bin Abdullah, while Recruit (U) Muhammad Syahmi bin Shamsol received the Best in Military Skills. The Best in Small Arms Training was presented to Recruit Khairul Amirin bin Yusuf, while Recruit Mohd Luqman Hafizi bin Muhammad was named Best in Physical Training.


For Female Recruits of the 60th Intake, the Overall Best Recruit was presented to Recruit Dk Noor Izzatul Raihana binti Pg Mohd Harun, RBN, while Recruit Siti Nasibah binti Hj Nasib received the Best in Military Skills. The Best in Small Arms Training was presented to Recruit Nurul Fatin Fazera binti Haji Abdullah, RBN, while Recruit Nur Farhana Syaherra binti Md Faizal, RBN was named the Best in Physical Training.


In addition, the Best Male Section Commander was awarded to Corporal (U) Wan Ameerul Amin bin Zulkarnain, while the Best Female Section Commander was presented to Corporal Norhanis binti Hj Bakari. The Best Male Platoon Sergeant Award was presented to Sergeant Jeehan bin Hj Roslan, while the Best Female Platoon Sergeant Award was presented to Sergeant Masrani binti Jefri, in recognition of their exemplary leadership, professionalism and dedication throughout the training period.


The ceremony concluded with a recitation of doa led by Yang Mulia Captain Abdul Mu’iz Azizi bin Zulkifli from the RBAF Religious Directorate (JAMA’AT). 


This Passing Out Parade not only signifies the successful completion of the BMT by the recruits, but also signifies their transformation into full-fledged soldiers of the RBAF, ready to shoulder the responsibility of defending the sovereignty of Brunei Darussalam.









​​​






UPACARA PERBARISAN TAMAT LATIHAN REKRUT LELAKI PENGAMBILAN KE-178 DAN REKRUT WANITA PENGAMBILAN KE-60 ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI


PENANJONG GARISON, Jumaat, 19 Disember 2025 – Seramai 122 rekrut lelaki Pengambilan Ke-178 dan 48 rekrut wanita Pengambilan Ke-60 Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah berjaya menamatkan Latihan Asas Ketenteraan masing-masing melalui Upacara Perbarisan Tamat Latihan yang berlangsung di Padang Kawad Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB), Penanjong Garison pada pagi ini.


Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Laksamana Pertama Sahibul Bahari bin Haji Zainal Abidin, TLDB, Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB). Turut hadir ialah Timbalan-timbalan Pemerintah Angkatan Tentera, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai dan anggota-anggota Kementerian Pertahanan serta keluarga dan penjaga para rekrut yang diraikan.


Upacara dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan oleh Tetamu Kehormat, disusuli dengan penyampaian ucapan. Dalam ucapannya, beliau merakamkan ucapan tahniah kepada semua rekrut atas kejayaan menamatkan Latihan Asas Ketenteraan, serta menyanjung tinggi ketabahan, disiplin dan komitmen yang ditunjukkan di sepanjang 14 minggu latihan. Beliau turut merakamkan penghargaan kepada para jurulatih atas dedikasi yang diberikan dan sokongan berterusan daripada ibu bapa dan keluarga para rekrut.


Tetamu Kehormat menekankan bahawa Latihan Asas Ketenteraan bukan sahaja bertujuan meningkatkan kecekapan dan kemahiran ketenteraan, tetapi juga memupuk nilai-nilai keagamaan, pembentukan sahsiah yang kukuh serta nilai teras ABDB iaitu Kesetiaan, Ketakwaan, Keberanian dan Profesionalisme. Beliau turut menegaskan kepentingan ketahanan diri dalam menghadapi cabaran keselamatan yang sentiasa berubah, melalui kekuatan fizikal dan rohani serta mengelakkan pengaruh negatif. Beliau juga menekankan kepentingan pembelajaran berterusan melalui latihan dua hala, serantau dan pelbagai hala bagi mempertingkatkan keupayaan operasi ABDB, sambil menyatakan bahawa tanggungjawab seorang anggota tentera melangkaui tugas ketenteraan semata-mata selaras dengan prinsip Maqasid Syariah sebagai asas kepada keselamatan negara. 


Beliau mengakhiri ucapan dengan menyeru para rekrut agar sentiasa mengekalkan disiplin, integriti, semangat kerjasama dan profesionalisme sepanjang kerjaya mereka serta bersedia berkhidmat kepada negara dengan penuh kesetiaan dan dedikasi.


Sebagai penghargaan atas kecemerlangan sepanjang tempoh latihan, beberapa anugerah telah disampaikan kepada rekrut dan jurulatih dalam kategori masing-masing. 


Bagi Rekrut Lelaki Pengambilan Ke-178, Rekrut Abdul Azim Mohammed @ Abdul Haziq Mohammed bin Abdullah telah dinobatkan sebagai Rekrut Terbaik Keseluruhan, manakala Rekrut (U) Muhammad Syahmi bin Shamsol menerima anugerah Terbaik Kemahiran Ketenteraan. Bagi kategori Terbaik Latihan Senjata Ringan, anugerah telah diberikan kepada Rekrut Khairul Amirin bin Yusuf, sementara Rekrut Mohd Luqman Hafizi bin Muhammad dianugerahkan sebagai Terbaik dalam Latihan Fizikal.


Bagi Rekrut Wanita Pengambilan Ke-60, Rekrut Dk Noor Izzatul Raihana binti Pg Mohd Harun, TLDB telah dinobatkan sebagai Rekrut Terbaik Keseluruhan, manakala Rekrut Siti Nasibah binti Hj Nasib menerima anugerah Terbaik Kemahiran Ketenteraan. Bagi kategori Terbaik Latihan Senjata Ringan, anugerah telah diberikan kepada Rekrut Nurul Fatin Fazera binti Haji Abdullah, TLDB, sementara Rekrut Nur Farhana Syaherra binti Md Faizal, TLDB dianugerahkan sebagai Terbaik dalam Latihan Fizikal.


Selain itu, Anugerah Ketua Seksyen Terbaik Lelaki dianugerahkan kepada Koperal (U) Wan Ameerul Amin bin Zulkarnain, manakala Anugerah Ketua Seksyen Terbaik Wanita telah diraih oleh Koperal Norhanis binti Hj Bakari. Anugerah Platun Sarjan Terbaik Lelaki disampaikan kepada Sarjan Jeehan bin Hj Roslan, sementara Anugerah Platun Sarjan Terbaik Wanita dianugerahkan kepada Sarjan Masrani binti Jefri, sebagai penghargaan terhadap kepimpinan, profesionalisme dan komitmen cemerlang sepanjang tempoh latihan.


Upacara diakhiri dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Yang Mulia Kapten Abdul Mu’iz Azizi bin Zulkifli dari Jabatanarah Agama ABDB (JAMA’AT).


Upacara Perbarisan Tamat Latihan ini bukan sahaja menandakan kejayaan para rekrut menamatkan Latihan Asas Ketenteraan, malah menzahirkan transformasi mereka sebagai seorang tentera ABDB yang terlatih, berdisplin serta bersedia menggalas amanah mempertahankan kedaulatan Negara Brunei Darussalam.


Attachments