Skip Ribbon Commands
Skip to main content
ROYAL BRUNEI NAVY HELD STUDY DAY ROYAL BRUNEI ARMED FORCES 2025 AND PRIZE PRESENTATION CEREMONY FOR THE RBAF ESSAY WRITING COMPETITION 2023



​BERAKAS GARRISON, Tuesday, 16 December 2025 – The Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Study Day, organised by Royal Brunei Navy (RBN) was held today at Dewan Pahlawan, Berakas Garrison.


Present as the Guest of Honour was Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister at the Prime Minister's Office and Minister ​of Defence II. Also present were Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the RBAF; Permanent Secretary of the Ministry of Foreign Affairs, members of the Defence Executive Committee and RBAF Executive Committee, Directors, Commandants, and officers of the Ministry of Defence. 


With the topic “Royal Brunei Navy: Rim of the Pacific (RIMPAC) 2024 Triumphant Endeavour”, the event served as an opportunity for representatives from the RBN to share their sailing experiences, operational highlights, and key takeaways from the 77-day deployment of KDB DARUSSALAM and KDB DARULAMAN to the globally renowned Exercise RIMPAC in Hawaii, United States of America. The success of the deployment reflected the excellent credibility and professionalism of the RBAF, demonstrated by the high level of preparedness and readiness of the RBN.


The Study Day was organised to foster meaningful discussions and enhance the knowledge of officers from the Ministry of Defence. In his opening remarks, Yang Mulia First Admiral Sahibul Bahari bin Haji Zainal Abidin, RBN, Commander of the RBN highlighted the complexity of the current global security environment, which requires strong and effective international cooperation. 


The event proceeded with remarks by Yang Mulia Lieutenant Colonel Amirul Adly bin Haji Ali, Deputy Commandant of the Defence Academy, RBAF. He underscored the significance of the RBAF Essay Writing Competition in fostering intellectual discourse, strengthening critical and strategic thinking among young officers, and promoting a culture of continuous learning. He also noted that the competition has served as a key professional development platform for over 30 years since its introduction in 1993.


This was then followed by the Prize Presentation Ceremony for the RBAF Essay Writing Competition 2023, presented by the Commander of the RBAF. The 2023 edition marked the introduction of two award categories namely, the top ten winners and the category winners, designed to encourage deeper exploration of key issues through focused essay themes. First place was awarded to Lieutenant Junior Grade Aiman Syahirah binti Dato Paduka Haji Abd Rahman, RBN, from the Royal Brunei Navy; second place to Captain (Dr) Muhammad Nur Azwan bin Arrif from the Royal Brunei Land Forces; and third place to Major (Udara) Muhammad Izdihar bin Imran from the Royal Brunei Air Force. Meanwhile, category winners were awarded to Major Nurbazilah binti Haji Jamaludin for the RBAF Category; Lieutenant Junior Grade Aiman Syahirah binti Dato Paduka Haji Abd Rahman, RBN, for the Brunei Darussalam Category; and Major (Udara) Muhammad Izdihar bin Imran for the International Affairs Category.


The event continued with closing remarks from Yang Berhormat Minister at the Prime Minister's Office and Minister ​of Defence II, who highlighted RIMPAC 2024 as a significant demonstration of Brunei Darussalam’s defence diplomacy, operational capability, and the professionalism of RBN officers and personnel, while underscoring the need for continued preparedness, strategic partnerships, and modernisation. He also congratulated the winners of the RBAF Essay Writing Competition 2023, and acknowledged the enduring value of intellectual development within the Ministry of Defence and the RBAF.


The event concluded with the recitation of the closing doa and a group photo session.
















TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI MENGADAKAN HARI PENGAJIAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI 2025 DAN MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH BAGI PERADUAN MENULIS ESEI ABDB 2023


BERAKAS GARISON, Selasa, 16 Disember 2025 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) mengadakan Hari Pengajian Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) bertempat di Dewan Pahlawan, Berakas Garison. 


Hadir selaku tetamu kehormat ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II. Turut hadir ialah Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, Ahli-Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pertahanan dan Jawatankuasa Eksekutif ABDB, Pengarah-Pengarah, Komandan-Komandan dan pegawai-pegawai Kementerian Pertahanan. 


Tajuk pembentangan Hari Pengajian ABDB kali ini ialah “Royal Brunei Navy: Rim of the Pacific (RIMPAC) 2024 – Triumphant Endeavour”. Pembentangan ini bertujuan untuk berkongsi pengalaman dan pengajaran yang dilalui oleh KDB DARUSSALAM dan KDB DARULAMAN di sepanjang 77 hari pelayaran bagi menyertai Eksesais RIMPAC di Kepulauan Hawaii, Amerika Syarikat. Kejayaan pelayaran ini secara amnya mencerminkan kredibiliti dan profesionalisme ABDB yang cemerlang dengan memastikan tahap kesiapsiagaan dan kesediaan TLDB yang tinggi.


Hari Pengajian ini berperanan untuk menggalakkan perbincangan secara terbuka yang bermanfaat serta meningkatkan ilmu pengetahuan bagi pegawai-pegawai di Kementerian Pertahanan dan ABDB. Di dalam kata alu-aluan daripada Yang Mulia Laksmana Pertama Sahibul Bahari bin Haji Zainal Abidin, TLDB, Pemerintah TLDB, telah menekankan kerumitan persekitaran keselamatan dunia yang memerlukan kerjasama antarabangsa yang mantap dan jitu. 


Majlis diteruskan dengan ucapan dari Yang Mulia Leftenan Kolonel Amirul Adly bin Haji Ali, Timbalan Komandan Akademi Pertahanan ABDB. Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan Peraduan Menulis Esei ABDB dalam memperkukuh pemikiran kritikal dan strategik dalam kalangan pegawai-pegawai muda, serta menyemai budaya pembelajaran berterusan. Beliau turut menyatakan bahawa peraduan ini telah menjadi platform penting bagi pembangunan profesional tentera selama lebih 30 tahun sejak ditubuhkan pada tahun 1993.


Majlis Penyampaian Hadiah Peraduan Menulis Esei ABDB 2023 juga telah disempurnakan oleh Pemerintah ABDB. Edisi 2023 memperkenalkan dua kategori anugerah, iaitu sepuluh pemenang terbaik dan pemenang kategori, yang bertujuan untuk menggalakkan penerokaan lebih mendalam terhadap isu-isu penting melalui tema esei yang berfokus. Tempat pertama dianugerahkan kepada Leftenan Madya Aiman Syahirah binti Dato Paduka Haji Abd Rahman, TLDB, dari Tentera Laut Diraja Brunei; tempat kedua kepada Kapten (Dr) Muhammad Nur Azwan bin Arrif dari Tentera Darat Diraja Brunei; dan tempat ketiga kepada Mejar (Udara) Muhammad Izdihar bin Imran dari Tentera Udara Diraja Brunei. Sementara itu, pemenang kategori terdiri daripada Mejar Nurbazilah binti Haji Jamaludin bagi Kategori ABDB; Leftenan Madya Aiman Syahirah binti Dato Paduka Haji Abd Rahman, TLDB bagi Kategori Brunei Darussalam; dan Mejar (Udara) Muhammad Izdihar bin Imran bagi Kategori Hal Ehwal Antarabangsa.


Majlis diteruskan dengan ucapan penutup Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, yang menekankan bahawa Eksesais RIMPAC 2024 merupakan platform penting untuk mengukuhkan lagi diplomasi pertahanan, keupayaan operasi, serta profesionalisme dikalangan pegawai dan anggota TLDB, di samping menegaskan keperluan untuk terus meningkatkan kesiapsiagaan, menjalin kerjasama strategik dan memperkukuhkan usaha pemodenan. Beliau turut mengucapkan tahniah kepada para pemenang Peraduan Menulis Esei ABDB 2023 serta mengiktiraf kepentingan berterusan pembangunan intelektual dalam Kementerian Pertahanan dan ABDB.


Majlis diakhiri dengan bacaan doa penutup dan sesi bergambar ramai.​


Attachments