Skip Ribbon Commands
Skip to main content
INAUGURAL JOINT WORKING GROUP MEETING BETWEEN BRUNEI DARUSSALAM AND THE REPUBLIC OF INDIA



NEW DELHI, INDIA Tuesday, 09 December 2025 – The inaugural Joint Working Group (JWG) Meeting between Brunei Darussalam and the Republic of India was successfully convened at the Manekshaw Centre, New Delhi. The meeting was co-chaired by Yang Mulia Poh Kui Choon, Deputy Permanent Secretary, Ministry of Defence, Brunei Darussalam, and Yang Mulia Shri Amitabh Prasad, Joint Secretary (International Cooperation), Ministry of Defence, Republic of India. 

During the meeting, both sides reviewed the progress of defence engagements, explored areas for future cooperation and exchanged views on regional security issues of mutual interest. Both co-chairs also signed the Terms of Reference of the JWG Meeting which serves as a guiding framework for future JWG meetings that aligns with the Memorandum of Understanding (MoU) on Defence Cooperation, which was signed by both countries on 02 February 2016.

On the sidelines of the meeting, the Brunei Darussalam delegation called on Yang Mulia Shri Rajesh Kumar Singh, Defence Secretary, Ministry of Defence, Republic of India. During the call, both sides reaffirmed the friendly defence relations between both countries and welcomed the convening of the first JWG meeting which marked a historic milestone in the defence cooperation between Brunei Darussalam and the Republic of India.

As part of the program, the Brunei Darussalam delegation had the honour of visiting the National War Memorial in New Delhi for a Wreath Laying Ceremony. The delegation also made a working visit to the Defence PSU Bhavan at the World Trade Centre, which is a Defence Public Sector Undertaking (DPSU) facility developed by the Department of Defence Production, Ministry of Defence, Republic of India.









MESYUARAT KUMPULAN KERJA BERSAMA PERTAMA DI ANTARA NEGARA BRUNEI DARUSSALAM DAN REPUBLIK INDIA

NEW DELHI, INDIA, Selasa, 09 Disember 2025 – Mesyuarat Kumpulan Kerja Bersama pertama di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik India telah diadakan dengan jayanya di Manekshaw Centre, New Delhi. Mesyuarat tersebut dipengerusikan bersama oleh Yang Mulia Poh Kui Choon, Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Pertahanan Brunei Darussalam, dan Yang Mulia Shri Amitabh Prasad, Setiausaha Bersama (Kerjasama Antarabangsa), Kementerian Pertahanan Republik India. 

Semasa mesyuarat tersebut, kedua belah pihak telah menilai perkembangan interaksi-interaksi pertahanan, meneroka bidang kerjasama untuk masa hadapan dan bertukar pandangan mengenai isu-isu sekuriti serantau dan kepentingan bersama. Kedua-dua pengerusi bersama juga menandatangani Terma Rujukan bagi Mesyuarat Kumpulan Kerja Bersama yang berperanan sebagai garispandu untuk mesyuarat-mesyuarat akan datang selaras dengan Memorandum Persefahaman dalam Kerjasama Pertahanan, yang ditandatangani oleh kedua-dua negara pada 02 Februari 2016.

Di samping mesyuarat itu, delegasi Negara Brunei Darussalam membuat kunjungan hormat kepada Yang Mulia Shri Rajesh Kumar Singh, Setiausaha Pertahanan, Kementerian Pertahanan Republik India. Semasa kunjungan tersebut, kedua belah pihak mengesahkan hubungan pertahanan yang rapat di antara kedua-dua negara and menyambut baik Mesyuarat Kumpulan Kerja Bersama yang menandakan pencapaian bersejarah bagi kerjasama pertahanan di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik India.

Sebagai sebahagian daripada program, delegasi Negara Brunei Darussalam telah diberikan penghormatan untuk melawat National War Memorial di New Delhi bagi Majlis Wreath Laying. Delegasi Negara Brunei Darussalam turut mengadakan lawatan kerja ke Defence PSU Bhavan di World Trade Centre, iaitu fasiliti Defence Public Sector Undertarkings (DPSUs) yang dihasilkan oleh Jabatan Penghasilan Pertahanan, Kementerian Pertahanan, Republik India.


Attachments