BERAKAS GARRISON, Wednesday, 19 November 2025 - A Handover Ceremony for the Chairman of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Narcotics Control Centre Committee was held at the Officers’ Mess, Berakas Garrison, between the outgoing Chairman, Yang Mulia Brigadier General Aldi bin Haji Hassan, Commander of the Royal Brunei Land Forces (RBLF) and the newly appointed Chairman, Yang Mulia First Admiral Sahibul Bahari bin Haji Zainal Abidin RBN, Commander of the Royal Brunei Navy (RBN).
The ceremony began with the recitation of Surah Al-Fatihah, followed by a handover briefing delivered by Yang Mulia Lieutenant Colonel Mohammad Hamerolazmi bin Haji Abdul Latip, Secretary for the RBAF Narcotics Control Centre Committee.
The Commander of RBLF in his remarks highlighted the core and fundamental function of the RBAF Narcotics Control Centre Committee is to systematically formulate and implement specific achievements and future objectives towards ensuring that the RBAF continues to maintain an unequivocally drug-free environment. He also stressed that continuous intelligence sharing with other government agencies is essential into effectively combating and mitigate drug related issues within the organisation.
The ceremony concluded with the signing of the RBAF Narcotics Control Centre Committee Chairman Handover Certificate, followed by a group photo session as a symbolic gesture of the transfer of responsibility and the official commencement of the committee’s new leadership.
MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS BAGI JAWATAN PENGERUSI JAWATANKUASA PUSAT KAWALAN NARKOTIK ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI
BERAKAS GARISON, Rabu, 19 November 2025 – Majlis Serah Terima Tugas bagi Pengerusi Jawatankuasa Pusat Kawalan Narkotik Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (JPKN ABDB) telah berlangsung di Mes Pegawai Berakas Garison, melibatkan iaitu di antara mantan Pengerusi, Yang Mulia Brigedier Jeneral Aldi bin Haji Hassan, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), dan Pengerusi yang baharu dilantik, Yang Mulia Laksamana Pertama Sahibul Bahari bin Haji Zainal Abidin, TLDB, Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB).
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan taklimat serah terima tugas yang disampaikan oleh Yang Mulia Leftenan Kolonel Mohammad Hamerolazmi bin Haji Abdul Latip, selaku Setiausaha JPKN ABDB.
Pemerintah TDDB dalam ucapannya menekankan bahawa fungsi teras dan asas JPKN ABDB adalah untuk merangka dan melaksanakan pencapaian khusus serta matlamat masa depan secara sistematik ke arah memastikan ABDB terus memelihara persekitaran yang bebas daripada penyalahgunaan dadah. Beliau turut menegaskan bahawa perkongsian risikan secara berterusan dengan agensi-agensi kerajaan lain adalah penting untuk memerangi dan mengurangkan isu penyalahgunaan dadah secara berkesan dalam organisasi.
Majlis diakhiri dengan sesi penandatanganan Sijil Serah Terima Tugas Pengerusi JPKN ABDB dan sesi bergambar ramai sebagai tanda simbolik penyerahan amanah dan permulaan rasmi kepimpinan baharu jawatankuasa berkenaan.