Skip Ribbon Commands
Skip to main content
ROYAL BRUNEI ARMED FORCES CONDUCT HEALTH AND DENTAL OUTREACH ROADSHOW IN CONJUNCTION WITH ITS 64th ANNIVERSARY CELEBRATION


​KAMPUNG SUKANG, Sunday, 16 November 2025 – The Engineer Regiment Royal Brunei Land Forces (RBLF), in collaboration with Medical Services, and Dental Services RBLF, conducted a Health and Dental Outreach Roadshow in conjunction with the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) 64th Anniversary held at  Mukim Sukang Multipurpose Hall, Belait District.


Present to witness the roadshow was Captain Khairil bin Haji Abdul Rahman, RBN, Chairman of the RBAF 64th Anniversary. Also present were the Chief of Dental Services RBLF, the Deputy Chief of Medical Services (Support) RBLF, Deputy Head of Community Activities for the RBAF 64th Anniversary, the Pengulu of Mukim Sukang, and the Acting Head of the Mukim Sukang Longhouse.


The roadshow provided residents from Mukim Sukang and Kampung Melilas with the opportunity to receive health and dental check-ups. Basic health screenings included blood glucose and blood pressure check-ups as well as health consultations by the Medical Officer-in-Charge. A First Aid demonstration was also delivered by personnel from Medical and Health Services RBLF. Meanwhile, the Dental Services RBLF provided clinical dental treatments such as dental examinations, fillings, denture repairs and dental hygiene treatments. Additionally, Hygiene Personnel from Medical Services RBLF carried out fogging activities around the village as part of efforts to maintain public health by reducing infection risks and preventing mosquito breeding.


Previously, the Engineer Regiment RBLF, together with Medical Services and Dental Services RBLF, conducted the first roadshow on 15 August 2025, at Bukit Sawat Multipurpose Hall, Kampung Sungai Mau, Belait District. Apart from medical and dental check-ups, residents of Kampung Sungai Mau also benefited from a Smoking Awareness session.


The Health Promotion Roadshow forms part of the Community Outreach Activities in conjuction with the RBAF 64th Anniversary, aimed at improving access to free general health screenings and dental treatment services for rural communities. Its implementation reflects the RBAF’s continued commitment to fostering community ties and fostering closer relationship between the RBAF personnel and residents in remote areas.









ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI  MELAKSANAKAN JERAYAWARA KESIHATAN DAN PERGIGIAN SEMPENA SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN KE-64


KAMPUNG SUKANG, Ahad, 16 November 2025 – Rejimen Jurutera Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), dengan kerjasama Khidmat Perubatan dan Kesihatan TDDB serta Khidmat Pergigian TDDB, telah melaksanakan Jerayawara Kesihatan dan Pergigian sempena sambutan Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (HUT ABDB) ke-64 bertempat di Dewan Serbaguna Mukim Sukang, Daerah Belait.


Hadir untuk menyaksikan jerayawara tersebut ialah Kepten Khairil bin Haji Abdul Rahman, TLDB, selaku Pengerusi Tertinggi HUT ABDB ke-64. Turut hadir ialah Ketua Khidmat Pergigian TDDB, Timbalan Ketua Khidmat Perubatan dan Kesihatan (Bantu) TDDB, Timbalan Pengerusi Tertinggi Aktiviti Kemasyarakatan HUT ABDB ke-64, Penghulu Mukim Sukang dan Pemangku Ketua Rumah Panjang Mukim Sukang.


Jerayawara tersebut memberikan peluang kepada penduduk Mukim Sukang dan Kampung Melilas untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan dan pergigian. Pemeriksaan kesihatan asas merangkumi pemeriksaan tahap gula, tekanan darah dan konsultasi kesihatan oleh Pegawai Perubatan yang bertugas. Demonstrasi Pertolongan Cemas turut disampaikan oleh anggota Khidmat Perubatan dan Kesihatan TDDB. Khidmat Pergigian TDDB juga menyediakan rawatan pergigian klinikal seperti pemeriksaan gigi, menampal gigi, pembaikan gigi palsu dan rawatan kebersihan gigi. Selain itu, anggota Unit Kesihatan Alam Sekitar, Khidmat Perubatan dan Kesihatan TDDB turut melaksanakan aktiviti fogging di sekitar kampung sebagai satu usaha untuk membersihkan persekitaran bagi mengurangkan risiko jangkitan dan mencegah pembiakan nyamuk.


Sebelum ini, Rejimen Jurutera TDDB dengan kerjasama Khidmat Perubatan dan Kesihatan, dan Khidmat Pergigian TDDB telah melaksanakan jerayawara pertama pada 15 Ogos 2025, di Dewan Serbaguna Bukit Sawat, Kampung Sungai Mau, Daerah Belait. Selain pemeriksaan perubatan dan pergigian, penduduk Kampung Sungai Mau turut diberikan manfaat melalui sesi Kesedaran Merokok.


Jerayawara Promosi Kesihatan ini merupakan sebahagian daripada Aktiviti Jangkauan Komuniti sempena sambutan HUT ABDB ke-64, bertujuan memudahkan akses penduduk luar bandar kepada pemeriksaan kesihatan dan rawatan pergigian secara percuma.  Perlaksanaan jerayawara ini juga mencerminkan komitmen berturusan ABDB dalam memupuk hubungan erat dan mengukuhkan silaturahim di antara warga ABDB dan penduduk luar bandar.


Attachments