MARAKAH CAMP, LEBANON, Saturday, 15 November 2025 – Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) attended the Handover Ceremony of MALBATT Commander and the Transfer of Authority (TOA) between the Malaysian Battalion (MALBATT) 850-12 and MALBATT 850-13 which was held this morning at UNP-21 Parade Square, Marakah Camp, South Lebanon under the invitation of Yang Berbahagia General Tan Sri Haji Mohd Nizam bin Haji Jaffar, Chief of Defence Force Malaysia. The Parade marks the handover of operational responsibilities between the two contingents under the United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL) mission.
Accompanying the RBAF Commander was Yang Mulia Colonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Joint Force Commander RBAF, along with senior officers from the RBAF Joint Force RBAF.
The delegation arrived in Lebanon on Thursday, 13 November 2025, together with Sortie 3 of MALBATT 850-13. Throughout their visit in Lebanon, the delegation had the opportunity to conduct a working visit to Marakah Camp and Tebnin Camp. In addition, the RBAF Commander and the Chief of Defence Force Malaysia also made a Courtesy Call to the Commander of the Lebanese Armed Forces, General Rodolphe Heikal. Upon arrival at the Lebanese Armed Forces Headquarters, the Army Command/Minister of National Complex in Yarze Beirut, the RBAF Commander and the Chief of Defence Force Malaysia were welcomed by the Commander of the Lebanese Armed Forces, General Rodolphe Heikal, followed by receiving the General Salute and subsequently an inspection of the Guard of Honour mounted by personnel from Lebanese Armed Forces units.
This visit reflects the RBAF’s continued commitment to strengthening the special bilateral defence relations between Brunei Darussalam and Malaysia with Lebanon, as well as demonstrating support for international peacekeeping missions under the umbrella of the United Nations.
MALBATT 850-13 will be the last contingent to UNIFIL mission following its involvement since 2007. The MALBATT 850-13 contingent deployment from Malaysia to Lebanon will be carried out in several phases from 5 to 17 November 2025, involving a total of 532 personnel. Meanwhile, the return of the MALBATT 850-12 contingent from Lebanon to Malaysia is also scheduled in several phases from 6 to 18 November 2025, involving a total of 852 personnel.
PEMERINTAH ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI (ABDB) MENGHADIRI UPACARA PERBARISAN SERAH TERIMA TUGAS KOMANDER MALBATT DAN TRANSFER OF AUTHORITY (TOA) DI ANTARA MALBATT 850-12 DAN MALBATT 850-13 DI LUBNAN
KEM MARAKAH, LUBNAN, Sabtu, 15 November 2025 – Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah menghadiri Upacara Perbarisan Serah Terima Tugas Komander MALBATT dan Transfer of Authority (TOA) di antara kontinjen Malaysian Battalion (MALBATT) 850-12 dengan MALBATT 850-13 bertempat di Padang Perbarisan UNP-21, Kem Marakah, selatan Lubnan pada pagi ini atas undangan Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Haji Mohd Nizam bin Haji Jaffar, Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Upacara ini menandakan pertukaran tanggungjawab operasi antara kedua-dua kontinjen di bawah misi United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL).
Turut mengiringi Yang Mulia Pemerintah ABDB ialah Yang Mulia Kolonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Pemerintah Angkatan Bersama (AB) ABDB, serta Pegawai-pegawai Kanan dari AB ABDB.
Rombongan telah tiba di Lubnan pada hari Khamis, 13 November 2025 bersama Sortie 3, MALBATT 850-13. Disepanjang keberadaan di Lubnan, rombongan telahpun berkesempatan membuat lawatan kerja ke Kem Marakah dan Kem Tibnin. Selain dari itu, Yang Mulia Pemerintah ABDB dan Yang Berbahagia Panglima ATM telah mengadakan kunjungan hormat kepada Panglima Angkatan Tentera Lubnan (LAF), Jeneral Rodolphe Heikal. Setibanya di Markas Angkatan Tentera Lubnan, bertempat di Army Command/Minister of National Complex in Yarze Beirut, Yang Mulia Pemerintah ABDB dan Yang Berbahagia Panglima ATM disambut oleh Panglima Angkatan Tentera Lubnan, Jeneral Rodolphe Heikal dan diikuti dengan menerima Tabik Hormat Panglima dan seterusnya memeriksa kawalan kehormatan yang terdiri daripada anggota unit-unit Angkatan Tentera Lubnan.
Lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan ABDB dalam memperkukuh hubungan pertahanan dua hala yang istimewa antara Negara Brunei Darussalam dan Malaysia bersama Lubnan di samping menunjukkan sokongan terhadap misi keamanan antarabangsa di bawah panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Pasukan Batalion Malaysia MALBATT 850-13 menjadi kontinjen terakhir untuk menyertai misi UNIFIL sejak 2007. Pergerakkan kontinjen MALBATT 850-13 dari Malaysia ke Lubnan akan diaturgerak dalam beberapa fasa bermula 5 hingga 17 November 2025, membabitkan keseluruhan 532 anggota, manakala kepulangan Kontinjen MALBATT 850-12 dari Lubnan ke Malaysia turut dijadualkan dalam beberapa fasa dari 6 hingga 18 November 2025 membabitkan 852 anggota keseluruhan.