
REPUBLIC OF SINGAPORE, SATURDAY, 22 NOVEMBER 2025 – The Sergeant Major Exchange Program (SMEP) 02/2025 between the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) and the Singapore Armed Forces (SAF) was conducted from 18 to 22 November 2025. Hosted by the SAF, this annual engagement aims to strengthen professional relationships and enhance cooperation between both armed forces, particularly among senior warrant ranks. The RBAF delegation was led by Warrant Officer 1 Rozain bin Haji Pungut, Sergeant Major of the RBAF, accompanied by four Senior Warrant Officers.
Throughout the programme, the delegation visited several SAF professional military education and training institutions. Key visits included the Commando Training Institute (CTI), the SAF Warrant Officer School (SAFWOS) and the SAF Training Institute (SAFTI), where the delegation received briefings and gained insights into leadership development, training concepts and career progression frameworks for the warrant officer corps within the SAF. As part of the exchange, the RBAF delegation also engaged in discussions with SAF Senior Warrant Officers, further deepening mutual understanding and enabling the sharing of best practices, leadership experiences and professional values relevant to both armed forces.
SMEP continues to serve as an important platform in strengthening the long-standing ties between the RBAF and SAF, fostering camaraderie, mutual respect and closer cooperation across all levels of enlisted leadership.





PROGRAM PERTUKARAN SARJAN MEJAR 02/2025 DI ANTARA ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI DAN ANGKATAN BERSENJATA REPUBLIK SINGAPURA
REPUBLIK SINGAPURA, SABTU, 22 NOVEMBER 2025 – Program Pertukaran Sarjan Mejar (SMEP) 02/2025 di antara Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan Angkatan Bersenjata Republik Singapura (ABRS) telah berlangsung mulai dari 18 hingga 22 November 2025. Dikendalikan oleh ABRS, program tahunan ini bertujuan untuk mengukuhkan hubungan profesional serta meningkatkan kerjasama di antara kedua-dua angkatan bersenjata, khususnya dalam kalangan anggota berjawatan Sarjan Mejar dan berpangkat Pegawai Waran Kanan. Delegasi ABDB diketuai oleh Pegawai Waran 1 Rozain bin Haji Pungut, Sarjan Mejar ABDB, bersama empat Pegawai Waran Kanan.
Sepanjang program ini, Delegasi ABDB telah mengunjungi beberapa institusi latihan dan pendidikan ketenteraan profesional ABRS. Antara lawatan utama termasuk
Commando Training Institute (CTI),
SAF Warrant Officer School (SAFWOS) dan
SAF Training Institute (SAFTI), di mana delegasi telah diberikan taklimat serta pendedahan mengenai pembangunan kepimpinan, konsep latihan dan kerangka perkembangan kerjaya bagi Pegawai-pegawai Waran di dalam ABRS. Sebagai sebahagian daripada program pertukaran, delegasi ABDB juga telah mengadakan sesi perbincangan bersama Pegawai-pegawai Waran Kanan ABRS, yang mengukuhkan lagi pemahaman bersama serta membolehkan perkongsian amalan terbaik, pengalaman kepimpinan dan nilai profesional yang relevan kepada kedua-dua angkatan bersenjata.
SMEP akan terus menjadi platform penting dalam memperkukuhkan hubungan erat yang telah lama terjalin di antara ABDB dan ABRS, sekaligus memupuk semangat setiakawan, saling hormat-menghormati serta kerjasama yang lebih rapat dalam kalangan kepimpinan anggota Lain-lain Peringkat kedua-dua angkatan bersenjata.