
BERAKAS GARRISON, Thursday, 23 October 2025 – Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), held a special session with 187 RBAF Officers holding the ranks of Major and Lieutenant Commander, RBN, at the Dewan Pahlawan, Berakas Garrison. Also present at the session was the Staff Officer Grade 1 Administration, Directorate of Personnel, Ministry of Defence.
This special session forms part of the RBAF Commander’s ongoing initiative to directly engage with Officers at all levels of leadership, reflecting his continued commitment to strengthening leadership values and discipline among RBAF personnel. The session focused on mid-level officers who play a crucial role in the leadership, administration and management of their respective units.
During the session, the RBAF Commander underscored the importance for every officer to understand and fulfil their entrusted duties and responsibilities. He emphasised that as mid-level leaders, officers hold authority and direct influence over their working environment and the performance of those under their command. Hence, leadership grounded on integrity, foresight, and the principles of the RBAF Leadership Model - which centres on Values, Abilities, Style, Traits, and Skills - must continue to be practised and reflected in daily duties.
The RBAF Commander also reminded officers to maintain a positive leadership and mindset, adhere to policies and regulations, understand organisation’s mission and objectives, and plan their actions wisely. He stressed that mid-level officers play a vital role in setting direction and fostering a healthy and disciplined organisational culture, in line with the responsibilities and trust placed upon them.
At the same time, the RBAF Commander reiterated his message delivered upon assuming command on 01 March 2022, highlighting three Guiding Principles in strengthening the RBAF; Leadership, Discipline, and Military Regimentation. These principles serve as a strong foundation in addressing issues and misconduct that could undermine the organisation’s credibility, including breaches of Civil, Military, or Shariah Law. He further reminded that every officer has received the Letter of Credence granted by His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, symbolising His Majesty’s highest trust in the RBAF. This trust, he emphasised, must be upheld with full responsibility and awareness.
The RBAF Commander also touched on the importance of upholding good moral conduct and maintaining information security in today’s digital era. He urged officers to remain vigilant in their actions and communication, while safeguarding the dignity and image of the RBAF as the nation’s main defence pillar to maintain its stature as a professional, credible, and disciplined armed forces.
Before concluding the session, the RBAF Commander reminded officers to reflect on whether the responsibilities entrusted to them have been carried out to the best of their abilities or require further improvement, while strengthening the values of integrity, adhering to discipline and loyalty in every duty they perform. He emphasised that effective leadership begins with oneself and radiates to those under one’s command.

PERJUMPAAN KHAS PEMERINTAH ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI BERSAMA PEGAWAI-PEGAWAI ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI BERPANGKAT MEJAR/LEFTENAN KOMANDER, TLDB
BERAKAS GARISON, Khamis, 23 Oktober 2025 – Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), telah mengadakan sesi perjumpaan khas bersama 187 Pegawai ABDB berpangkat Mejar dan Leftenan Komander, TLDB yang berlangsung di Dewan Pahlawan, Berakas Garison. Turut hadir dalam sesi berkenaan ialah Pegawai Turus Pentadbiran, Jabatanarah Keanggotaan, Kementerian Pertahanan.
Perjumpaan khas ini merupakan kesinambungan daripada inisiatif Pemerintah ABDB untuk berinteraksi secara langsung dengan Pegawai-pegawai di setiap peringkat kepimpinan, bagi menzahirkan komitmen berterusan dalam memperkukuh nilai kepimpinan dan disiplin dalam kalangan warga ABDB. Bagi sesi kali ini, ia melibatkan Pegawai-pegawai peringkat pertengahan yang memainkan peranan penting dalam kepimpinan, pentadbiran dan pengurusan unit.
Dalam sesi tersebut, Pemerintah ABDB menekankan kepentingan bagi setiap pegawai untuk memahami serta menunaikan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Beliau menegaskan bahawa sebagai pemimpin di peringkat pertengahan, pegawai-pegawai mempunyai autoriti dan pengaruh langsung terhadap persekitaran kerja serta prestasi anggota di bawah kepimpinan mereka. Oleh itu, kepimpinan yang berintegriti, berpandangan jauh dan berpaksikan kepada Model Kepimpinan ABDB yang berteraskan Nilai, Keupayaan, Corak, Ciri dan Kemahiran perlu terus diamalkan dan dizahirkan dalam pelaksanaan tugas seharian.
Pemerintah ABDB turut mengingatkan para pegawai agar sentiasa mengekalkan kepimpinan dan pemikiran yang positif, mematuhi dasar dan peraturan, memahami misi dan objektif organisasi serta merancang tindakan dengan bijaksana. Beliau menegaskan bahawa pegawai peringkat pertengahan memainkan peranan penting dalam menentukan hala tuju dan membentuk budaya organisasi yang sihat dan berdisiplin, sejajar dengan tanggungjawab dan amanah yang dipikul.
Dalam masa yang sama, Pemerintah ABDB menegaskan semula tiga Prinsip Panduan yang telah beliau tekankan semasa mengambil alih tampuk kepimpinan pada 01 Mac 2022 untuk memperkukuhkan ABDB, iaitu Kepimpinan, Disiplin dan Regimentasi Ketenteraan. Prinsip-prinsip ini merupakan asas utama dalam menangani isu dan salah laku yang boleh menjejaskan kredibiliti organisasi termasuk pelanggaran undang-undang Sivil, Tentera dan Syariah. Beliau turut mengingatkan bahawa setiap pegawai telah menerima amanah mulia melalui Watikah Pelantikan yang dikurniakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, yang menjadi simbol kepercayaan tertinggi Baginda kepada ABDB. Kepercayaan ini mestilah dijaga dengan penuh tanggungjawab dan kesedaran.
Pemerintah ABDB juga menyentuh tentang kepentingan memelihara akhlak yang baik serta keselamatan maklumat dalam era digital masa kini. Beliau menyeru para pegawai untuk sentiasa berwaspada dalam setiap tindakan dan komunikasi, di samping menjaga maruah dan imej ABDB selaku tonggak pertahanan utama negara agar kekal sebagai sebuah angkatan yang profesional, kredibel dan berdisiplin.
Sebelum mengakhiri sesi perjumpaan ini, Pemerintah ABDB menyeru para pegawai untuk merenung kembali sama ada amanah yang dipikul selama ini telah dilaksanakan dengan sebaiknya-baiknya atau perlu diperbaiki, di samping terus memperkukuh nilai integriti, mematuhi disiplin dan kesetiaan dalam setiap tanggungjawab yang digalas. Beliau menekankan bahawa keberkesanan kepimpinan bermula daripada diri sendiri dan akan terpancar kepada anggota di bawah pimpinan masing-masing.