
PRIME MINISTER’S OFFICE, Tuesday, 21 October 2025 – Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Defence II, received an introductory call from His Excellency Tamer Mansy, High Commissioner of Canada to Brunei Darussalam.
During the call, the Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Defence II congratulated His Excellency on his appointment as the High Commissioner of Canada to Brunei Darussalam. He also highlighted the cordial defence relations between Brunei Darussalam and Canada through various defence and military interactions in the regional and international defence fora. Both sides expressed their commitment to further enhance cooperation defence and military fields between the countries in the future.
His Excellency Tamer Mansy presented his Letter of Credence to His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam on 18 October 2025.



MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI DAN MENTERI PERTAHANAN II MENERIMA KUNJUNGAN PENGENALAN DARIPADA PESURUHJAYA TINGGI KANADA KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
JABATAN PERDANA MENTERI, Selasa, 21 Oktober 2025 – Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II menerima kunjungan pengenalan daripada Tuan Yang Terutama Tamer Mansy, Pesuruhjaya Tinggi Kanada ke Negara Brunei Darussalam.
Dalam kunjungan pengenalan tersebut, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II merakamkan ucapan tahniah kepada Tuan Yang Terutama di atas pelantikan beliau sebagai Pesuruhjaya Tinggi Kanada ke Negara Brunei Darussalam. Beliau turut menyuarakan mengenai hubungan pertahanan yang baik di antara Negara Brunei Darussalam dan Kanada melalui pelbagai interaksi pertahanan dan ketenteraan di peringkat serantau dan antarabangsa. Kedua-dua pihak melahirkan hasrat untuk meningkatkan kerjasama dalam bidang pertahanan dan ketenteraan di antara kedua-dua buah negara di masa akan datang.
Tuan Yang Terutama Tamer Mansy menyampaikan Surat Watikah Perlantikan ke Hadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 18 Oktober 2025.