
ISTANA NURUL IMAN, Wednesday, 15 October 2025 - His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, today received in audience His Excellency General Romeo Saturnino Brawner Jr., Chief of Staff of the Armed Forces of the Philippines. The Audience ceremony took place at Istana Nurul Iman.
Accompanying His Excellency was Her Excellency Marian Jocelyn R. Tirol-Ignacio, Ambassador Extraordinary and Plenipotentiary of the Republic of the Philippines to Brunei Darussalam.
Meanwhile, in another part of Istana Nurul Iman, Her Majesty Duli Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam received in audience Madam Melody Valeros, spouse of the Chief of Staff of the Armed Forces of the Philippines.
Brunei Darussalam and the Republic of the Philippines enjoy close and long-standing bilateral relations, further strengthened by the signing of a Memorandum of Understanding on Defence Cooperation on 22 August 2001, as well as through ongoing defence cooperation across various multilateral platforms.
KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM MENERIMA MENGADAP KETUA TURUS ANGKATAN BERSENJATA REPUBLIK FILIPINA
KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA RAJA ISTERI MENERIMA MENGADAP ISTERI KETUA TURUS ANGKATAN BERSENJATA REPUBLIK FILIPINA
ISTANA NURUL IMAN, Rabu, 15 Oktober 2025 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, hari ini berkenan menerima mengadap Tuan Yang Terutama Jeneral Romeo Saturnino Brawner Jr., Ketua Turus Angkatan Bersenjata Republik Filipina. Majlis Mengadap tersebut berlangsung di Istana Nurul Iman.
Menyertai Tuan Yang Terutama ialah Puan Yang Terutama Marian Jocelyn R. Tirol-Ignacio, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Filipina ke Negara Brunei Darussalam.
Sementara itu, di ruang berasingan di Istana Nurul Iman, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan menerima mengadap Puan Melody Valeros, isteri kepada Ketua Turus Angkatan Bersenjata Republik Filipina.
Negara Brunei Darussalam dan Republik Filipina menikmati hubungan dua hala yang rapat dan kian lama terjalin, yang diperkukuhkan lagi melalui pemeteraian Memorandum Persefahaman dalam Kerjasama Pertahanan pada 22 Ogos 2001 serta menerusi kerjasama pertahanan yang berterusan di pelbagai platform pelbagai hala.