Skip Ribbon Commands
Skip to main content
THE CLOSING CEREMONY OF THE 20TH EXECUTIVE DEVELOPMENT PROGRAMME (EDP) FOR SENIOR GOVERNMENT OFFICIALS HOSTED BY THE MINISTRY OF DEFENCE


BOLKIAH GARRISON, Thursday, 23 October 2025 – A total of 28 participants received certificates of completion at the Closing Ceremony of the 20th Executive Development Programme (EDP) for Senior Government Officials on Public Policy and Management organised by the Ministry of Defence. The event was held at the Officer’s Mess, Bolkiah Garrison, this afternoon.


Present as the Guest of Honour was Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Defence II.  Also in attendance were the Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), Yang Amat Mulia Deputy Commissioner of the Royal Brunei Police Force (RBPF), High Commissioners and Ambassadors from participating partner countries, , Permanent Secretaries from respective ministries, members of the Defence and RBAF Executive Committee, representatives from the Lee Kuan Yew School of Public Policy (LKYSPP), National University of Singapore, Directors, Senior Officers from the Ministry of Defence, and other invited guests from relevant stakeholders.

In his speech, the Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Defence II among others acknowledged the enhancement of the programme’s modules and expressed gratitude to LKYSPP for maintaining a robust partnership with the Ministry of Defence. He addressed the global landscape marked by rapid technological advancements and geopolitical uncertainty, as well as the transformative potential of Artificial Intelligence (AI) in governance and policy formulation. He also highlighted the 20th iteration of EDP as a landmark milestone in shaping leadership within the public service, viewing it as a vital stepping stone towards Brunei Darussalam’s collective pursuit of the goals outlined in Wawasan Brunei 2035.

Meanwhile, Yang Mulia Dk Dr Noor Hasharina binti Pg Haji Hassan, Director of the Sultan Haji Hassanal Bolkiah Institute of Defence and Strategic Studies (SHHBIDSS), delivered an overview of the programme’s achievements and reaffirmed the Institute’s commitment to fostering a culture of continuous learning and enhancing professional development among senior government officials. 

This was followed by a remark from Yang Mulia Professor Suzaina Kadir, Vice Dean (Academic Affairs) and Associate Professor at LKYSPP, who emphasised the importance of academic rigour in bridging theoretical frameworks with the practical application of public policy. Representing the cohort, Yang Mulia Lieutenant Colonel (U) Pengiran Mohammad Ady Hafriz bin Pengiran Mohammad Yusof, also shared reflections on their collective insights and experiences gained throughout the 14-week programme.

The EDP also serves as a vital platform for defence diplomacy, strengthening bilateral ties and collaborative learning with participating partner countries. This year’s cohort included participants from Malaysia, the Sultanate of Oman, the Republic of the Philippines, the Republic of Singapore, the Kingdom of Thailand, and the Socialist Republic of Vietnam.

The programme, which commenced on 4 August 2025, was facilitated by SHHBIDSS in collaboration with experts and faculty members from the Lee Kuan Yew School of Public Policy (LKYSPP). It aimed to enhance participants’ competencies in public policy, administration, and management through lectures and study visits to selected government agencies in Brunei Darussalam to deepen their understanding of the nation’s strategic environment, including a study visit to the Republic of Singapore for international exposure in governance and strategic management.

Since its inauguration in 2004, the EDP has produced a total of 505 graduates - senior officers from various government sectors - who continue to contribute to Brunei Darussalam’s public administration and leadership excellence.


















MAJLIS PENUTUP PROGRAM PERKEMBANGAN EKSEKUTIF SIRI KE-20 BAGI PEGAWAI-PEGAWAI KANAN KERAJAAN ANJURAN KEMENTERIAN PERTAHANAN


BOLKIAH GARISON, Khamis, 23 Oktober 2025 - Seramai 28 orang peserta telah menerima sijil tamat kursus Program Perkembangan Eksekutif (EDP) Siri Ke-20 bagi Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan dalam Dasar Awam dan Pengurusan anjuran Kementerian Pertahanan. Majlis tersebut berlangsung di Mes Pegawai, Bolkiah Garison pada petang tadi. 


​Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II. Turut hadir ialah Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Yang Amat Mulia Timbalan Pesuruhjaya Polis, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Tinggi dan Duta-Duta dari negara-negara sahabat yang menyertai, Setiausaha-Setiausaha Tetap dari Kementerian-Kementerian, Ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif Pertahanan dan ABDB, wakil-wakil dari Sekolah Dasar Awam Lee Kuan Yew (LKYSPP), Universiti Nasional Singapura, Pengarah-Pengarah, Pegawai-Pegawai Kanan dari Kementerian Pertahanan dan jemputan-jemputan lain daripada agensi yang berkenaan. 

Dalam ucapannya, Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II antara lain mengambil maklum akan penambahbaikan modul-modul di dalam program dan menyampaikan penghargaan kepada LKYSPP atas kerjasama kukuh yang berterusan dengan Kementerian Pertahanan. Yang Berhormat Pehin turut menyentuh mengenai landskap global yang semakin pesat dengan kemajuan teknologi dan ketidakpastian geopolitik, serta potensi Kecerdasan Buatan (AI) dalam transformasi tadbir urus dan pembentukan dasar. Beliau juga menekankan Siri ke-20 EDP adalah merupakan satu mercu tanda usaha ke arah membentuk kepimpinan dan pengurusan dalam perkhidmatan awam, dan merealisasikan matlamat Wawasan Brunei 2035.

Sementara itu, Yang Mulia Dk Dr Noor Hasharina binti Pg Haji Hassan, Pengarah Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah (IPPSSHHB), menyampaikan gambaran keseluruhan mengenai pencapaian program tersebut serta menekankan semula komitmen institusi untuk memupuk budaya pembelajaran berterusan dan memperkasakan pembangunan profesional di kalangan pegawai kanan kerajaan.

Ini disusuli dengan ucapan daripada  Yang Mulia Profesor Suzaina Kadir, Naib Dekan Hal Ehwal Akademik merangkap Profesor Madya di LKYSPP, yang menekankan kepentingan ketelitian akademik dalam menghubungkan  kerangka teori dengan pelaksanaan dasar awam secara praktikal. Mewakili kumpulan peserta, Yang Mulia Leftenan Kolonel (U) Pengiran Mohammad Ady Hafriz bin Pengiran Mohammad Yusof turut berkongsi pengalaman dan pelajaran yang diperolehi sepanjang program selama 14 minggu tersebut.

Program EDP juga berperanan sebagai platform penting bagi diplomasi pertahanan, yang memperkukuhkan hubungan dua hala serta pembelajaran kolaboratif bersama negara-negara sahabat yang turut serta. Bagi siri kali ini, para peserta terdiri daripada Malaysia, Kesultanan Oman, Republik Filipina, Republik Singapura, Kerajaan Thailand, dan Republik Sosialis Vietnam.

Program yang bermula pada 4 Ogos 2025 ini dikendalikan oleh IPPSSHHB dengan kerjasama pakar dan tenaga pengajar daripada LKYSPP. Ia bertujuan untuk meningkatkan keupayaan peserta dalam bidang dasar awam, pentadbiran dan pengurusan melalui sesi kuliah serta lawatan ke agensi-agensi kerajaan terpilih di Negara Brunei Darussalam bagi mendalami pemahaman terhadap persekitaran strategik negara, termasuk lawatan pembelajaran ke Republik Singapura bagi pendedahan antarabangsa dalam tadbir urus dan pengurusan strategik.

Sejak pelancarannya pada tahun 2004, EDP telah melahirkan seramai 505 graduan yang terdiri daripada pegawai kanan dari pelbagai sektor kerajaan, yang terus menyumbang kepada pentadbiran awam dan kecemerlangan kepimpinan di Negara Brunei Darussalam.

Attachments