INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE, BERAKAS, Saturday, 16 August 2025, – His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, graciously attended the 20th National Youth Day Celebration held at the Plenary Hall, International Convention Centre (ICC), Berakas.
The Royal Brunei Armed Forces (RBAF) was also given the opportunity to participate in this meaningful celebration by setting up a special exhibition in line with this year’s concept: Dynamic Youth.
The Recruitment Office, Directorate of Personnel Ministry of Defence, together with the Officer Cadet School of the Defence Academy RBAF, were invited and entrusted to lead the exhibition under the first cluster,
Modal Insan, which mainly focused on youth achievements and their contribution towards national development.
His Majesty’s arrival at the 20th National Youth Day Exhibition 2025, held in the Main Foyer of the ICC, was graced by a presentation delivered by Yang Mulia Major Nurul Asyikin binti Haji A. Sabli from the Recruitment Office and Yang Mulia Major Mohammed Aji bin Haji Abdul Rahman from the Officer Cadet School, Defence Academy RBAF.
The briefing by the Recruitment Office provided an overview of the Officer Cadet and Recruit intake processes, including the key phases involved. Meanwhile, the Officer Cadet School outlined its Vision and Mission, and highlighted its significant role in shaping and nurturing future youth leaders within the RBAF, in support of the peace and defence of Brunei Darussalam.


PENGLIBATAN KEMENTERIAN PERTAHANAN DALAM MERAIKAN SAMBUTAN HARI BELIA KEBANGSAAN KALI KE-20
PUSAT PERSIDANGAN ANTARABANGSA, BERAKAS,
Sabtu, 16 Ogos 2025 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Hari Belia Kebangsaan ke-20, tahun 2025 bertempat di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.
Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) turut berpeluang menyertai sambutan penuh makna ini dengan mengadakan pameran khas yang berkonsepkan Belia Dinamik.
Pejabat Pengambilan, Jabatanarah Keanggotaan, Kementerian Pertahanan bersama Sekolah Pegawai Kadet, Akademi Pertahanan ABDB telah dijemput dan diberi tanggungjawab untuk mengendalikan pameran di bawah Kluster Pertama iaitu Modal Insan, yang lebih memfokuskan kepada pencapaian golongan belia serta peranan mereka dalam pembangunan negara.
Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke Pameran Sambutan Hari Belia Kebangsaan ke-20, tahun 2025 di Ruang Legar, Pusat Persidangan Antarabangsa dijunjung bagi menerima sembah Taklimat yang disampaikan oleh Yang Mulia Mejar Nurul Asyikin binti Haji A. Sabli dari Pejabat Pengambilan, Jabatanarah Keanggotaan, Kementerian Pertahanan dan Mejar Mohammed Aji bin Haji Abdul Rahman dari Sekolah Pegawai Kadet, Akademi Pertahanan ABDB.
Sembah Taklimat dari Pejabat Pengambilan menjelaskan secara ringkas mengenai proses-proses Pengambilan Bakal Pegawai Kadet dan Bakal Rekrut, termasuklah fasa-fasa penting sepanjang proses tersebut. Manakala, Sekolah Pegawai Kadet mempersembahkan Visi dan Misi serta bagaimana Sekolah Pegawai Kadet memainkan peranan penting dalam membentuk dan melahirkan pemimpin belia yang berwibawa dalam ABDB, demi menyokong keamanan serta pertahanan Negara Brunei Darussalam.