
INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE, BERAKAS, Saturday, 16 August 2025 - His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, has consented to present awards to youths in conjunction with the 20th National Youth Day Celebration held at the International Convention Centre, Berakas.
The recipient of the Excellent Project for Youth award was Yang Mulia Haji Mohammad Zulfan Farhi bin Haji Sulaini, a Research Officer from the Performance Optimisation Centre (POC), Ministry of Defence.
The award was given in the category of Excellent Project for Youth in the field of healthy lifestyle, which focuses on fostering awareness and encouraging youth participation in practicing a healthy lifestyle through wellness activities and recreational sports. It emphasizes self-empowerment, holistic health care, and the creation of an active, energetic, and resilient community for the well-being of society and the nation.
The JIWA Senja project
is an initiative by the Joint Initiative for the Wellbeing of All (JIWA) Organisation founded by
Yang Mulia Haji Mohammad Zulfan to provide mental health support to the youth population through physical and digital mental-health resources, support groups, talks and workshops.
This year’s celebration theme is “Belia Siaga Masa Depan”.

WARGA KEMENTERIAN PERTAHANAN TERIMA ANUGERAH SEMPENA SAMBUTAN HARI BELIA KEBANGSAAN KE-20
PUSAT PERSIDANGAN ANTARABANGSA, BERAKAS, Sabtu, 16 Ogos 2025 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, berkenan menyampaikan anugerah kepada belia sempena Sambutan Hari Belia Kebangsaan ke-20 yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas.
Penerima Anugerah Projek Cemerlang untuk Belia ialah Yang Mulia Awang Haji Mohammad Zulfan Farhi bin Haji Sulaini, Pegawai Penyelidik dari Pusat Optima Kecergasan Tentera (POKT), Kementerian Pertahanan.
Anugerah ini disampaikan di bawah kategori Projek Cemerlang Belia dalam bidang Gaya Hidup Sihat, yang menjurus kepada memupuk kesedaran serta menggalakkan penyertaan belia dalam mengamalkan gaya hidup sihat melalui aktiviti kesihatan dan sukan riadah. Inisiatif ini menekankan aspek pemerkasaan diri, penjagaan kesihatan secara menyeluruh serta pembentukan komuniti yang aktif, cergas dan berdaya tahan demi kesejahteraan masyarakat dan negara.
Projek JIWA Senja yang ditubuhkan oleh
Yang Mulia Haji Mohammad Zulfan
merupakan inisiatif oleh Pertubuhan
Joint Initiative for the Wellbeing of All (JIWA) untuk menyediakan sokongan kesihatan mental kepada golongan belia melalui sumber kesihatan mental secara fizikal dan digital, kumpulan sokongan, ceramah serta bengkel.Tema sambutan pada tahun ini ialah “Belia Siaga Masa Depan”.