Skip Ribbon Commands
Skip to main content
HIS MAJESTY THE SULTAN AND YANG DI-PERTUAN OF BRUNEI DARUSSALAM CONFERRED THE MOST EXALTED ORDER OF PADUKA KEBERANIAN LAILA TERBILANG (D.P.K.T) TO CHIEF OF DEFENCE FORCES, ROYAL THAI ARMED FORCES


ISTANA NURUL IMAN, Selasa, 15 July 2025 – His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam consented to confer The Most Exalted Order of Paduka Keberanian Laila Terbilang (D.P.K.T.) which carries the title ‘Dato Paduka Seri’ to His Excellency General Songwit Noonpackdee, Chief of Defence Forces, Royal Thai Armed Forces during an Investiture Ceremony held in conjunction with His Majesty’s 79th birthday celebration. The Investiture Ceremony took place at the Balai Singgahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman.

Meanwhile, in the afternoon, His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam and Her Majesty Duli Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam consented to receive in audience His Excellency Dato Paduka Seri General Songwit Noonpackdee and his wife, Datin Panyada Noonpackdee which also took place at Istana Nurul Iman.

Under His Excellency General Songwit Noonpackdee leadership, both armed forces have been actively involved in various military activities through professional defence interactions, courses and bilateral training. This extensive interaction has enhanced the relationship and cooperation between the two armed forces.








KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BERKENAN MENGURNIAKAN BINTANG KEBESARAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM DARJAH PADUKA KEBERANIAN LAILA TERBILANG KEPADA KETUA TURUS PERTAHANAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA THAILAND

ISTANA NURUL IMAN, Selasa, 15 Julai 2025 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan mengurniakan Bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam Darjah Paduka Keberanian Laila Terbilang Yang Amat Gemilang Darjah Pertama (D.P.K.T.) yang membawa gelaran ‘Dato Paduka Seri’ kepada Tuan Yang Terutama Jeneral Songwit Noonpackdee, Ketua Turus Pertahanan, Angkatan Bersenjata Diraja Thailand bersempena dengan Hari Keputeraan Baginda yang ke-79 tahun. Istiadat pengurniaan telah berlangsung di Balai Singgahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman.

Sementara itu, pada sebelah petangnya,  Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam telah berkenan menerima mengadap Tuan Yang Terutama Dato Paduka Seri Jeneral Songwit Noonpackdee dan isteri, Datin Panyada Noonpackdee, yang juga berlangsung di Istana Nurul Iman.

Di bawah kepimpinan Tuan Yang Terutama Jeneral Songwit Noonpackdee, kedua-dua angkatan tentera telah terlibat secara aktif dalam pelbagai aktiviti ketenteraan sama ada melalui interaksi pertahanan profesional, kursus dan latihan dua hala. Interaksi yang meluas ini telah meningkatkan hubungan dan kerjasama antara kedua-dua angkatan tentera.


Attachments