PENANJONG GARRISON, Friday, 11 July 2025 – The Ministry of Defence today held the Ilal Hijrah 1447 Celebration Ceremony simultaneously across all
suraus in the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) garrisons, camps and bases, including
Masjid Pulau Baru-Baru. The main event took place at
Surau Al-Hikmah, Training Institute RBAF, Penanjong Garrison.
Present at the main event was Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister at the Prime Minister's Office and the Minister of Defence II. Also in attendance were members of Defence Executive Committee, senior leaderships, officers and personnel of the Ministry of Defence.
Among the special guests invited at Surau Al-Hikmah were Permanent Secretary and Deputy Permanent Secretary (Policy and Religious Affairs) of the Ministry of Religious Affairs; a Member of the Legislative Council and Village Head of Kampung Sengkarai, Tutong District; the Acting Tutong District Officer; the Penghulu of Mukim Pekan Tutong; the Village Head of Kampung Penanjong; the Acting Director of Mosque Affairs; representatives from the Tutong Dakwah Unit and Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah Hospital; Officers Commanding from Tutong District Police and Fire Rescue Operation Branch `E’.
The event began with a mass Fardhu
Subuh prayer, followed by
Tadarus Al-Quran and a
Tazkirah titled ‘Semarak Hijrah Mencapai Kecemerlangan Yang Mampan’ delivered by Yang Mulia Captain Ayza Azrine bin Ayahani, Deputy Staff Officer of Religious Inspectorate from the RBAF Religious Directorate (JAMA'AT). The event continued with a morning walk to
Masjid Kampong Penanjong, Tutong.
Among highlights at
Masjid Kampong Penanjong were the mass
Sunat Hajat prayer and
Sunat Dhuha prayer, and the presentation of donations to orphans of Kampong Penanjong from the RBAF
Infaq Fund and a collection from the Ministry of Defence’s civilian personnel by Yang Berhormat Minister at Prime Minister’s Office and Minister of Defence II.
The concept for this year’s Ilal Hijrah celebration highlights the spirit and significance of
Hijrah of Prophet Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam from the city of Makkah to Madinah symbolically expressed through a journey from suraus to nearby
masjids, while also aiming to foster bonds of friendship and strengthen the spirit of solidarity among local residents.

Surau Al-Hikmah Penanjong Garison
Masjid Kampung Penanjong


Masjid Sufri Bolkiah

Surau Al-Faizun Berakas Garison

Masjid Kampung Lambak

Surau Al-Huda, Tentera Laut Diraja Brunei
Surau Al-Barakah, Tentera Udara Diraja Brunei
Surau Ad-Difa', Bolkiah Garison
MAJLIS SAMBUTAN ILAL HIJRAH PERINGKAT KEMENTERIAN PERTAHANAN
TAHUN 1447H/2025M
PENANJONG GARISON, Juma’at, 11 Julai 2025 – Kementerian Pertahanan hari ini telah mengadakan Majlis Sambutan Ilal Hijrah 1447 secara serentak dengan perisian majlis yang sama di seluruh surau-surau garison, perkhemahan dan pangkalan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), termasuk Masjid Pulau Baru-Baru. Acara utama telah berlangsung di Surau Al-Hikmah, Institut Latihan ABDB, Penanjong Garison.
Hadir di acara utama tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II. Turut hadir adalah Pemerintah ABDB, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, peringkat kepimpinan, pegawai-pegawai dan warga Kementerian Pertahanan.
Antara jemputan khas yang diundang di Surau Al-Hikmah ialah Setiausaha Tetap dan Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan) Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU); Ahli Mesyuarat Negara selaku Ketua Kampung Sengkarai Daerah Tutong; Pemangku Pegawai Daerah Tutong; Penghulu Mukim Pekan Tutong; Ketua Kampung Penanjong; Pemangku Pengarah Hal Ehwal Masjid; wakil-wakil dari Unit Dakwah Tutong dan Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah; Pegawai-Pegawai Pemerintah dari Daerah Polis Tutong dan Balai Bomba dan Penyelamat Cawangan Operasi E.
Perisian majlis dimulakan dengan sembahyang Fardhu Subuh berjemaah, diikuti dengan Tadarus Al-Quran dan Tazkirah bertajuk ‘Semarak Hijrah Mencapai Kecemerlangan Yang Mampan’ yang disampaikan oleh Yang Mulia Kapten Ayza Azrine bin Ayahani, Timbalan Pegawai Turus Inspektorat Agama, Jabatanarah Agama (JAMA'AT). Majlis kemudiannya diteruskan dengan sesi berjalan pagi menuju ke Masjid Kampong Penanjong, Tutong.
Antara perisian program di Masjid Kampong Penanjong, Tutong ialah sembahyang Sunat Hajat dan sembahyang Sunat Dhuha, diikuti dengan penyerahan derma kepada seramai 29 anak-anak yatim Kampong Penanjong menerusi Tabung Infaq ABDB dan kutipan dari warga Awam Kementerian Pertahanan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II.
Konsep Sambutan Ilal Hijrah 1447 tahun ini menekankan semangat dan erti penghijrahan, yang dizahirkan secara simbolik melalui perjalanan dari surau-surau perkhemahan/pangkalan ke masjid-masjid berdekatan bagi memperingati peristiwa agung Hijrah Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dari Kota Makkah ke Kota Madinah, di samping bertujuan untuk memupuk semangat perpaduan dan mempereratkan ukhuwah di antara warga Kementerian Pertahanan dan kalangan penduduk setempat.