Skip Ribbon Commands
Skip to main content
MEDIA STATEMENT : DEPLOYMENT EXERCISE ANNOUNCEMENT


The Ministry of Defence would like to inform the public that the Royal Brunei Land Forces will be conducting a Deployment Exercise from Friday, 11 July 2025, starting from 8.00 pm until Saturday, 12 July 2025 at 3.00 am in Bandar Seri Begawan and its vicinity

During the course of the exercise, members of the public are advised not to be alarmed by the increased movements of military assets and personnel via land routes. Road users are requested to fully cooperate, particularly by refraining from overtaking military convoys and adhering to instructions issued by security personnel on duty. As such, affected road users are encouraged to use alternative routes to ensure smooth traffic flow and the safety of all parties involved.

The public is strictly prohibited from approaching, entering or being present within the exercise areas to avoid any unwanted incidents and to safeguard public safety. 

At the same time, the Ministry of Defence emphasizes that no photographs or, video recordings pertaining to the exercise are to be taken or shared on any social media platform, in order to maintain the confidentiality and integrity of the exercise operations.

Lastly, the Ministry of Defence extends its utmost appreciation and sincere thanks to the public for their cooperation in supporting the successful conduct of this exercise.

​******************************

KENYATAAN MEDIA 
MAKLUMAN EKSESAIS ATURGERAK

Kementerian Pertahanan ingin memaklumkan orang ramai bahawa Tentera Darat Diraja Brunei akan melaksanakan Eksesais Aturgerak pada hari Jumaat, 11 Julai 2025 bermula jam 8.00 malam hingga hari Sabtu, 12 Julai 2025 jam 3.00 pagi bertempat di Bandar Seri Begawan dan kawasan-kawasan persekitarannya.

Sepanjang tempoh eksesais ini, orang ramai dinasihatkan agar tidak berasa cemas dengan peningkatan pergerakan aset-aset dan anggota tentera melalui perjalanan darat. Para pengguna jalanraya dipohonkan untuk memberikan kerjasama sepenuhnya, khususnya dengan tidak memotong konvoi ketenteraan serta mematuhi arahan dari petugas keselamatan yang bertugas. Sehubungan dengan itu, pengguna jalanraya yang dijangka terkesan adalah disarankan untuk menggunakan laluan alternatif demi kelancaran pergerakan dan keselamatan semua pihak.

Orang ramai juga dilarang keras untuk menghampiri, memasuki atau berada di kawasan eksesais bagi menggelakkan sebarang insiden yang tidak diingini serta bagi memastikan keselamatan awam sentiasa terpelihara.

Dalam masa yang sama, Kementerian Pertahanan turut menekankan agar tiada sebarang gambar atau rakaman video berkaitan eksesais ini diambil dan disebarkan di mana-mana platform media sosial bagi memelihara kerahsiaan serta integriti pelaksanaan eksesais berkenaan.  

Akhir sekali, Kementerian Pertahanan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas kerjasama orang ramai dalam menjayakan perlaksanaan eksesais ini.



Attachments