Skip Ribbon Commands
Skip to main content
HIS MAJESTY THE SULTAN AND YANG DI-PERTUAN OF BRUNEI DARUSSALAM CONFERRED THE MOST EXALTED ORDER OF PADUKA KEBERANIAN LAILA TERBILANG (D.P.K.T) TO CHIEF OF DEFENCE FORCES, SINGAPORE ARMED FORCES

​​ISTANA NURUL IMAN, Selasa, 15 July 2025 – His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam consented to confer The Most Exalted Order of Paduka Keberanian Laila Terbilang (D.P.K.T.) which carries the title ‘Dato Paduka Seri’ to His Excellency Vice Admiral Aaron Beng Yao Cheng, Chief of Defence Forces, Singapore Armed Forces during an Investiture Ceremony held in conjunction with His Majesty’s 79th birthday celebration. The Investiture Ceremony took place at the Balai Singgahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman.

Meanwhile, in the afternoon, His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam and Her Majesty Duli Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam consented to receive in audience His Excellency Dato Paduka Seri Vice Admiral Beng Yao Cheng and his wife, Datin Sharon Koh which also took place at Istana Nurul Iman.

The Singapore Armed Forces (SAF) and the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) mark a new milestone next year as they celebrate 50 years of strong defence relations. Under His Excellency Vice Admiral Aaron Beng Yao Cheng leadership, both armed forces have actively engaged in numerous military activities, professional exchanges, courses, and bilateral training exercises. This extensive cooperation has significantly strengthened mutual understanding and cooperation.








KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BERKENAN MENGURNIAKAN BINTANG KEBESARAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM DARJAH PADUKA KEBERANIAN LAILA TERBILANG KEPADA KETUA TURUS PERTAHANAN ANGKATAN BERSENJATA REPUBLIK SINGAPURA

ISTANA NURUL IMAN, Selasa, 15 Julai 2025 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan mengurniakan Bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam Darjah Paduka Keberanian Laila Terbilang Yang Amat Gemilang Darjah Pertama (D.P.K.T.) yang membawa gelaran ‘Dato Paduka Seri’ kepada Tuan Yang Terutama Vice Admiral Aaron Beng Yao Cheng, Ketua Turus Pertahanan, Angkatan Bersenjata Republik Singapura bersempena dengan Hari Keputeraan Baginda yang ke-79 tahun. Istiadat pengurniaan telah berlangsung di Balai Singgahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman.

Sementara itu, pada sebelah petangnya,  Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam telah berkenan menerima mengadap Tuan Yang Terutama Dato Paduka Seri Vice Admiral Aaron Beng Yao Cheng dan isteri, Datin Sharon Koh, yang juga berlangsung di Istana Nurul Iman.
 
Angkatan Bersenjata Republik Singapura dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) menandakan satu kejayaan baharu tahun depan ketika meraikan 50 tahun hubungan pertahanan. Di bawah kepimpinan Tuan Yang Terutama Vice Admiral Aaron Beng Yao Cheng, kedua-dua angkatan tentera telah terlibat secara aktif dalam pelbagai aktiviti ketenteraan, pertukaran profesional, kursus dan latihan latihan dua hala. Kerjasama yang meluas ini telah mengukuhkan persefahaman dan kerjasama dengan amat ketara.​


Attachments