BOLKIAH GARRISON, Tuesday, 17 June 2025 – A total of sixty-two (62) civil servants comprising senior officers, officers, and staff of the Ministry of Defence received the Long Service Medal (P.K.L), a State Honor of Negara Brunei Darussalam, in conjunction with His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam 78th Birthday Celebration, for the year 2024 at a Medal Presentation Ceremony today. The ceremony took place at the Tower Block, Ministry of Defence, Bolkiah Garrison.
Present as the Guest of Honour and presenting the medals was Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Defence II.
Also in attendance at the ceremony were Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF); Yang Mulia Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Permanent Secretary at the Ministry of Defence; senior leaderships, officers and personnel from the Ministry of Defence, as well as family members of the medal recipients.
The conferment of the Long Service Medal (P.K.L) serves to express appreciation and recognition to its recipients for their contributions and dedicated services to the Government of His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, in fulfilling their entrusted duties over 20 years in the Public Service. This recognition also serves as a source of encouragement for the recipients to continue serving with unwavering loyalty in the best interests of the government and the nation.
The ceremony concluded with a
Doa Selamat recited by Yang Mulia Lieutenant Colonel Abdul Mujib bin Haji Japar, Acting Director of the RBAF Religious Directorate
(JAMA’AT).





62 PENJAWAT AWAM KEMENTERIAN PERTAHANAN MENERIMA PINGAT KERJA LAMA (P.K.L)
BOLKIAH GARISON, Selasa, 17 Jun 2025 – Seramai enam puluh dua (62) orang penjawat awam yang terdiri daripada pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pertahanan telah menerima Pingat-pingat Kehormatan Negara Brunei Darussalam Pingat Kerja Lama (P.K.L) sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang Ke-78 bagi Tahun 2024 di Majlis Penyampaian Pingat hari ini. Majlis telah berlangsung di Blok Menara, Kementerian Pertahanan, Bolkiah Garison.
Hadir selaku Tetamu Kehormat dan menyempurnakan penyampaian pingat ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II.
Turut hadir di majlis tersebut ialah Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB); Yang Mulia Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan; peringkat kepimpinan, pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pertahanan, serta ahli keluarga para penerima pingat.
Pengurniaan Pingat Kerja Lama (P.K.L) ini adalah untuk memberikan penghargaan dan pengiktirafan kepada para penerima Pingat P.K.L. atas sumbangan dan jasa bakti mereka kepada Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab selama 20 tahun dalam Perkhidmatan Awam. Pengurniaan ini akan turut menjadi pemangkin semangat kepada para penerima untuk terus mencurahkan bakti dengan setia demi kerajaan dan negara.
Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat yang dipimpin oleh Yang Mulia Leftenan Kolonel Abdul Mujib bin Haji Japar, Pemangku Pengarah Jabatanarah Agama ABDB (JAMA'AT).