BOLKIAH GARRISON, Saturday, 07 June 2025 – The Ministry of Defence celebrated the annual
Hari Raya Aidiladha with
Sunat Hari Raya Aidil Adha prayers this morning at Ad-Difa’ Surau, Bolkiah Garrison. Similar events were also held at all
suraus in Royal Brunei Armed Forces (RBAF) garrisons, camps and bases including Pulau Baru-Baru mosque.
The event started with the
Takbir Raya, followed by the
Sunat Hari Raya Aidil Adha prayers led by Imam Mohd Khairol Azmi bin Haji Salleh, Imam of Ad-Difa’ Surau. The ceremony proceeded with a special sermon in conjunction with Hari Raya Aidiladha delivered by Ustaz Mohammad Nur Amin bin Awang Haji Jali, Religious Officer from RBAF Religious Directorate (JAMA'AT).
Attending the event was Yang Mulia Colonel (U) Haji Mohd Muluddin bin Awang Haji Latif, Chief of Staff of RBAF. Also present were officers as well as military personnel and civilian staff of the Ministry of Defence.

Surau Al-Fa’izun, Berakas Garison

Surau Al-Huda, Tentera Laut Diraja Brunei

Surau Al-Barakah, Pangkalan Tentera Udara, Rimba

Surau Al-Hikmah Penanjong Garrisen

Surau Ar-Rahmah, 3rd Bn Perkhemahan Lumut

Surau Perkhemahan Pengiran Ratna Indera 2Bn

Surau Al-Quwwah, Bangar Kem

Masjid Kampong Pulau Baru-Baru
KEMENTERIAN PERTAHANAN MENGADAKAN SEMBAHYANG SUNAT HARI RAYA AIDIL ADHA 1446 HIJRAH
BOLKIAH GARISON, Sabtu, 07 Jun 2025 – Kementerian Pertahanan telah meraikan Hari Raya Aidiladha dengan sembahyang Sunat Hari Raya Aidiladha secara berjemaah pada pagi tadi di Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garison. Majlis yang serupa turut diadakan secara serentak di seluruh surau garison, perkhemahan dan pangkalan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), termasuk Masjid Pulau Baru-Baru.
Majlis dimulakan dengan laungan Takbir Raya, diikuti dengan sembahyang Sunat Hari Raya Aidil Adha berjemaah yang dipimpin oleh Imam Mohd Khairol Azmi bin Haji Salleh, Imam Surau Ad-Difa'. Seterusnya, Khutbah khas bersempena Hari Raya Aidiladha telah disampaikan oleh Ustaz Mohammad Nur Amin bin Awang Haji Jali, Pegawai Ugama dari Jabatanarah Agama ABDB (JAMA’AT).
Hadir di majlis tersebut ialah Yang Mulia Kolonel (U) Haji Mohd Muluddin bin Awang Haji Latif, Ketua Staf ABDB. Turut hadir ialah pegawai-pegawai dan anggota tentera serta kakitangan awam di Kementerian Pertahanan..