Turn on more accessible mode
Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Turn off Animations
MINISTRY OF DEFENCE HOLDS KORBAN CEREMONY FOR 1446 HIJRAH



BOLKIAH GARRISON, Monday, 09 June 2025 – The Ministry of Defence today held the Ibadah Korban ceremony in conjunction with Hari Raya Aidiladha for the year 1446 Hijrah at Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garrison. 

Present to distribute the sacrificial meat was Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Defence II. Also present were Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF); Yang Mulia Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Alirupendi bin Haji Perudin, Permanent Secretary at the Ministry of Defence; members of the RBAF Executive Committee, officers and personnel of the Ministry of Defence. 

​A total of 8 buffaloes and 2 goats were sacrificed and distributed to 150 recipients comprising personnel from the Ministry of Defence, including 20 military veterans and 30 new Muslim converts. Altogether, the total number of animals sacrificed this year across all RBAF camps totalled to 36 buffaloes, 2 cows, and 15 goats.

Special guests who were also invited to the event were Yang Berhormat Awang Lawi bin Haji Lamat, Member of the Legislative Council; from the Ministry of Culture, Youth and Sports - Pengiran Haji Mohd Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan (Permanent Secretary, Culture) from the Ministry of Religious Affairs - Awang Misle bin Haji Abd Karim, Acting Deputy Permanent Secretary, Administration and Finance and Awang Haji Hamzah bin Haji Sabtu, Acting Secretary of the Brunei Islamic Religious Council); Imams from Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Damit in Kampung Madang and Masjid Mohammad Bolkiah in Kampung Serusop; and the Acting Head of Mukim Berakas A.






KEMENTERIAN PERTAHANAN MENGADAKAN MAJLIS IBADAH KORBAN 1446 HIJRAH

BOLKIAH GARISON, Isnin, 09 Jun 2025 – Kementerian Pertahanan telah mengadakan Majlis Ibadah Korban hari ini sempena Hari Raya Aidiladha bagi tahun 1446 Hijrah yang berlangsung di Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garison.

Hadir di majlis tersebut dan menyempurnakan pengagihan daging korban ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Hj Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II. Turut hadir ialah Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB); Yang Mulia Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Alirupendi bin Haji Perudin, Setiausaha Tetap di Kementerian Pertahanan; Ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif ABDB; pegawai-pegawai dan anggota-anggota Kementerian Pertahanan.

Sebanyak 8 ekor kerbau dan 2 ekor kambing telah dikorbankan dan diagihkan kepada 150 orang penerima yang terdiri daripada warga Kementerian Pertahanan, termasuk 20 orang pesara tentera serta 30 orang saudara baru. Secara keseluruhannya, jumlah binatang korban pada tahun ini di semua perkhemahan ABDB adalah sebanyak 36 ekor kerbau, 2 ekor sapi dan 15 ekor kambing.

Jemputan-jemputan khas yang turut diundang di majlis ini ialah Yang Berhormat Awang Lawi bin Haji Lamat, Ahli Mesyuarat Negara; dari Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan - Pengiran Haji Mohd Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan (Setiausaha Tetap, Kebudayaan) dari Kementerian Hal Ehwal Ugama - Awang Misle bin Haji Abd Karim, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap, Pentadbiran dan Kewangan, dan Awang Haji Hamzah bin Haji Sabtu, Pemangku Setiausaha Majlis Ugama Islam Brunei; imam-imam Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Damit, Kampung Madang dan Masjid Mohammad Bolkiah, Kampung Serusop; serta Pemangku Penghulu Mukim Berakas A.