BERAKAS, Monday, 30 September 2024 - His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, has consented to present awards to civil servants in conjunction with the 31st Civil Service Day Celebration held at the International Convention Centre, Berakas.
Three recipients from the Ministry of Defence received Excellent Civil Service Employee Awards (APCPA) from Division II, IV and V. The recipients were Awang Khairul Anwar bin Haji Omar, Special Duties Officer Grade 1, Office of Strategy Management (Division II); Awang Mohamad Siddique bin Sulaiman, Clerk, Permanent Secretary Office (Division IV) and Dayang Hasniwaty binti Kurus, Cook (tasked as Assistant Clerk), Directorate of Administration and Manpower (Division V).
The Premier Innovation Award (AIP) 2024 Silver Award was presented to the MUSAEADAT JPPK Group from the Directorate of Development and Works Services, Ministry of Defence for their project on Network Accessible Web Help Desk System (NAWHDS).
The APCPA is an acknowledgement and recognition to civil servants who have demonstrated exemplary work quality, character and performance. Meanwhile, AIP is a continuation of the efforts of the Government of His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam to further increase the efficiency and effectiveness of the Public Administration of Brunei Darussalam.
This year’s celebration theme is “Keberdayatahanan dan Perpaduan Perkhidmatan Awam Pemangkin Kesejahteraan Negara”.
WARGA KEMENTERIAN PERTAHANAN TERIMA ANUGERAH SEMPENA HARI PERKHIDMATAN AWAM 2024
BERAKAS, Isnin, 30 September 2024 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan mengurniakan anugerah-anugerah kepada warga perkhidmatan awam bersempena Sambutan Hari Perkhidmatan Awam (HPA) ke-31 yang diadakan di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.
Tiga orang penerima dari Kementerian Pertahanan telah menerima Anugerah Pekerja Cemerlang Perkhidmatan Awam (APCPA) dari Bahagian II, IV dan V. Mereka ialah Awang Khairul Anwar bin Haji Omar, Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat I, Pejabat Pengurusan Strategi (Bahagian II); Awang Mohamad Siddique bin Sulaiman, Kerani, Pejabat Urusetia Setiausaha Tetap (Bahagian IV) dan Dayang Hasniwaty binti Kurus, Tukang Masak (diperbantukan Pembantu Kerani), Jabatanarah Pentadbiran dan Tenaga Manusia (Bahagian V).
Anugerah Inovasi Perdana (AIP) 2024 Pingat Perak dimenangi oleh Kumpulan MUSAEADAT JPPK dari Jabatanarah Pembangunan dan Perkhidmatan Kerja, Kementerian Pertahanan bagi projek Network Accessible Web Help Desk System (NAWHDS).
APCPA merupakan penghargaan dan pengiktirafan kepada warga perkhidmatan awam yang telah menunjukkan prestasi dan penghasilan kerja yang cemerlang serta mempunyai keperibadian yang tinggi. Manakala, AIP merupakan kesinambungan kepada usaha Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk meningkatkan lagi kecekapan dan keberkesanan Pentadbiran Awam Negara Brunei Darussalam.
Sambutan Hari Perkhidmatan Awam tahun ini bertemakan “Keberdayatahanan dan Perpaduan Perkhidmatan Awam Pemangkin Kesejahteraan Negara”.