Skip Ribbon Commands
Skip to main content
CONVERSION CEREMONY OF ROYAL BRUNEI ARMED FORCES PERSONNEL


UKONG, TUTONG, Sunday, 29 September 2024 – With the blessings and hidayah Allah Subhanahu Wa Ta’ala, 22348 Private Wahroseliza binti Buah from the Garrison Commander’s Office, Secretariat Office of the Deputy Commander Royal Brunei Armed Forces (RBAF), Ministry of Defence, Bolkiah Garrison and her older sister have embraced Islam today. The Conversion Ceremony was held at their parents’ home in Kampong Pak Bidang Ukong, Tutong District.

 

Present at the ceremony as Guest of Honour was Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the RBAF. Also present were Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial@Tekpin bin Ya’akub, Member of the Legislative Council and Penghulu of Mukim Ukong; Yang Mulia Awangku Arif Anuar bin Pengiran Haji Ahmad, Acting Tutong District Officer; Yang Mulia Awang Mohammad Hakimi bin Abdullah Gampar, Kampong Ukong Village Head; Yang Mulia Ustaz Haji Ahmad Abdussalam bin Haji Abd Rahman, Acting Director of the Islamic Da’wah Centre, Ministry of Religious Affairs; RBAF Senior Officers, Officers from Islamic Da’wah Centre, RBAF personnel, and family members of the newly converts.

 

The event commenced with the recitation of Al-Quran Surah Al-Mu’minun from verses 1-11 read by Captain Muhd Nasyrul Wafiy bin Haji Mahdini, Staff Officer Grade 3, Religious Operation, RBAF Religious Directorate (JAMA’AT), and followed by the recitation of the Dua Kalimah Syahadah by Private Wahroseliza and her sister, led by an officer from the Tutong District Islamic Da’wah Centre. The ceremony was enlivened with the recitation of takbir repeated three times, followed Doa Pengislaman by Major Narul Ismandi bin Haji Samaih, Staff Officer Grade 1 Religious Operations, JAMA’AT, and recitation of Dikir Marhaban and sprinkling of bunga rampai.

 

The ceremony continued with the presentation of mementoes by the Commander of the RBAF to Private Wahroseliza binti Abdullah Buah and concluded with a Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam and a group photo session.

 

Private Wahroseliza binti Buah has chosen Wahroseliza binti Abdullah Buah as her Islamic name.

 

 

 

 

 

 

MAJLIS PENGISLAMAN ANGGOTA ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI 

 

UKONG, TUTONG, Ahad, 29 September 2024 – Dengan berkat dan hidayah Allah Subhanahu Wa Ta’ala, 22348 Soldadu Wahroseliza binti Buah daripada Pejabat Pemerintah Garison, Pejabat Urusetia Timbalan Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Kementerian Pertahanan, Bolkiah Garison dan kakak beliau telah memeluk agama Islam pada hari ini. Majlis Pengislaman tersebut diadakan di rumah kediaman ibu bapa mereka di Kampong Pak Bidang Ukong, Daerah Tutong.

 

Hadir selaku Tetamu Kehormat pada Majlis tersebut ialah Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB. Turut hadir ialah Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial@Tekpin bin Ya’akub, Ahli Mesyuarat Negara yang juga Penghulu Mukim Ukong; Yang Mulia Awangku Arif Anuar bin Pengiran Haji Ahmad, Pemangku Pegawai Daerah Tutong; Yang Mulia Awang Mohammad Hakimi bin Abdullah Gampar, Ketua Kampong Ukong; Yang Mulia Ustaz Haji Ahmad Abdussalam bin Haji Abd Rahman, Pemangku Pengarah Pusat Da’wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama; Pegawai-pegawai Kanan ABDB; Pegawai-pegawai dari Pusat Da’wah Islamiah; Anggota ABDB dan kaum keluarga anggota saudari baru berkenaan.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Al-Quran Surah Al-Mu’minun dari ayat 1-11 yang dibacakan oleh Kapten Muhd Nasyrul Wafiy bin Haji Mahdini, Penolong Timbalan Pegawai Turus Gerakan Agama, Jabatanarah Agama ABDB (JAMA’AT), dan diikuti dengan bacaan lafaz Dua Kalimah Syahadah oleh Soldadu Wahroseliza dan kakak beliau yang dipimpin oleh Pegawai daripada Pusat Dakwah Islamiah Daerah Tutong. Majlis disemarakkan lagi dengan laungan takbir sebanyak tiga kali, diikuti dengan bacaan Doa Pengislaman oleh Mejar Narul Ismandi bin Haji Samaih, Pegawai Turus Gerakan Agama, JAMA’AT dan seterusnya diserikan dengan bacaan Dikir Marhaban dan menabur bunga rampai.

 

Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati oleh Pemerintah ABDB kepada Soldadu Wahroseliza binti Abdullah Buah dan diakhiri dengan bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam dan sesi bergambar ramai. 

 

Soldadu Wahroseliza binti Buah telah memilih Wahroseliza binti Abdullah Buah sebagai nama Islamnya.

 ​


Attachments