Skip Ribbon Commands
Skip to main content
RBAF COMMANDER RECEIVES COURTESY CALL FROM THE AMBASSADOR EXTRAORDINARY AND PLENIPOTENTIARY OF DENMARK TO BRUNEI DARUSSALAM


​BOLKIAH GARRISON, Tuesday, 14 May 2024 – Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), received a courtesy call from Her Excellency Sandra Jensen Landi, Ambassador Extraordinary and Plenipotentiary of Denmark to Brunei Darussalam (resident in the Republic of Singapore). Also present were Acting Chief of Staff RBAF and Director of Intelligence.

During the call, the Commander of RBAF welcomed Her Excellency Sandra Jensen Landi, to the Ministry of Defence. Commander of RBAF acknowledged on the established warm and friendly relations between Brunei Darussalam and Denmark especially the participation of Danish Armed Forces in the trainings that are provided by British Forces Brunei. Commander RBAF look forward in enhancing defence relations with Denmark in the coming years.

Her Excellency Sandra Jensen Landi, Ambassador Extraordinary and Plenipotentiary of Denmark to Brunei Darussalam presented her Letter of Credence to His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam on 19 August 2023.



PEMERINTAH ABDB MENERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA DUTA BESAR ISTIMEWA DAN MUTLAK DENMARK KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

BOLKIAH GARISON, Selasa, 14 Mei 2024 – Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) menerima kunjungan hormat daripada Puan Yang Terutama Sandra Jensen Landi, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Denmark ke Negara Brunei Darussalam (menetap di Republik Singapura). Turut hadir adalah Pemangku Ketua Staf ABDB dan Pengarah Perisikan.

Semasa kunjungan hormat, Pemerintah ABDB mengalu-alukan kedatangan Puan Yang Terutama Sandra Jensen Landi ke Kementerian Pertahanan. Pemerintah ABDB amat menghargai tali persahabatan yang telah terjalin di antara Negara Brunei Darussalam dan Denmark terutamanya penyertaan Angkatan Bersenjata Denmark dalam latihan yang dijalankan oleh British Forces Brunei. Pemerintah ABDB juga berharap agar hubungan pertahanan kedua-dua negara akan terus berkembang di masa hadapan.

Puan Yang Terutama Sandra Jensen Landi, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Denmark ke Negara Brunei Darussalam telah menghadapkan Surat Tauliah Pelantikan Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 19 Ogos 2023.


Attachments