Skip Ribbon Commands
Skip to main content
CHILDREN OF THE MINISTRY OF DEFENCE PERSONNEL WITH DIFFERENT ABILITIES RECEIVE DONATIONS


BOLKIAH GARRISON, Friday, 29 March 2024 – The Ministry of Defence and the Military services under the Royal Brunei Armed Forces RBAF led by their respective leaders continued to provide attention and care for RBAF personnel children with different abilities by holding donation ceremonies today for the month of Ramadhan 1445H.


The events is one of the community activities conducted annually as part of Ministry of Defence’s concerns and commitments in helping these children with different abilities. Donation assistance is in the form of cash from the RBAF Welfare Fund and daily necessities from the Ministry of Defence.


Donations for 54 children of RBAF personnel at the Ministry of Defence were handed over by Colonel (U) Hismawadi bin Haji Mohd Said, Acting Joint Force Commander, RBAF at the Multi-Purpose Hall, Bolkiah Garrison. Also present during the ceremony were Military Directors and senior officers of the Ministry of Defence.


The ceremony began with a recitation of Tahlil and a Doa Selamat by Captain Muhd Nasyrul Wafiy bin Haji Mahdini, Assistant Religious Operation Staff Officer from the RBAF Religious Directorate (JAMA’AT) followed by the presentation of the donations and concluded with Iftar.


Meanwhile, 9 children of the Royal Brunei Land Force (RBLF) Headquarters (RBLF HQ) and RBLF HQ Company (RBLF HQ COY), RBLF personnel received donations at the Officers' Mess Berakas Garrison from Brigadier General Haji Mohammad Shanonnizam bin Sulaiman, Commander RBLF.

At Samudera Hall, Muara Naval Base, donations for 31 children of the Royal Brunei Navy (RBN) personnel were presented by Captain Haji Mohamad Sarif Pudin bin Matserudin, RBN, Acting Commander of the RBN.

A
similar ceremony was also held at Happy Hippo Restaurant, Batu Bersurat, where Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohd Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Commander of the Royal Brunei Air Force (RBAirF) handed donations to 31 children of the RBAirF personnel.

19 children of the Medical and Health Services RBLF and Dental Services RBLF received donations from Colonel (Dr) Haji Awang Mohd Hafizul bin Haji Awang Mohd Hassan, Chief Medical Services, and Lieutenant Colonel (Dr) Norinda binti Haji Tengah, Acting Chief Dental Services at Ibnu Sina Lecture Hall, Medical Services Headquarters, Bolkiah Garrison.

A total of 3 children of the Royal Guards Regiment (RGdR) received donations from Lieutenant Colonel Norranellwi bin Siaran/Searen, Commanding Officer of RGdR RBLF at the Cookhouse, Sungai Akar Camp, RGdR RBLF.
 

Another 46 children of the Combat Service Support (CSS) RBLF received donations from Colonel Muhamad Wata bin Abdullah Awat, Deputy Commander of RBLF and Lieutenant Colonel Azhar bin Matzan, Commandant CSS RBLF at the Warrant Officers, Staff Sergeant and Sergeants’ Mess, Berakas Garrison. Meanwhile, 19 children of the First Battalion Royal Brunei Land Force (1 Bn RBLF) received donations from Lieutenant Colonel Pengiran Ridzamfaizal bin Pengiran Haji Salleh, Commanding Officer 1Bn RBLF at the Cook House, Berakas Garrison.  Lieutenant Colonel Erwan bin Haji Ibrahim, Acting Field Commander RBLF as well as Commanding Officers of respective units handed over donations to 26 children of Field Headquarters RBLF, Second Battalion RBLF (2Bn RBLF), Third Battalion RBLF (3Bn RBLF), Combat Engineer Regiment RBLF, Assault Reconnaissance Squadron RBLF and School of Infantry RBLF personnel.



Kementerian Pertahanan di Dewan Serbaguna, Bolkiah Garison



TDDB di Mess Pegawai, Berakas Garison​


TDDB di Khidmat Bantuan Kombat TDDB



TDDB di Khidmat Perubatan dan Kesihatan​ serta Khidmat Pergigian TDDB
di Dewan Kuliah Ibnu Sina, 
Khidmat Perubatan dan Kesihatan,
Bolkiah Garison



TDDB di Battalion Pertama TDDB (1Bn TDDB)



TLDB di Dewan Samudera, Pangkalan Tentera Laut Muara



TLDB di Dewan SamuderaPangkalan Tentera Laut Muara 


 

TUDB di Restoran Happy​ Hippo, Batu Bersurat



ANAK-ANAK ANGGOTA KEMENTERIAN PERTAHANAN YANG KELAINAN UPAYA MENERIMA SUMBANGAN


BOLKIAH GARISON, Jumaat, 29 Mac 2024 – Kementerian Pertahanan dan Angkatan-Angkatan Tentera dibawah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang ketuai oleh peringkat kepimpinan masing-masing sentiasa memberi perhatian dan pemedulian kepada anak-anak kelainan upaya anggota ABDB dengan mengadakan majlis-majlis penyampaian derma pada hari ini untuk bulan Ramadhan 1445H. 


Acara-acara tersebut merupakan salah satu aktiviti kemasyarakatan yang dikendalikan setiap tahun sebagai tanda pemedulian dan komitment Kementerian Pertahanan dalam menghulurkan bantuan terhadap anak-anak kelainan upaya. Bantuan sumbangan adalah berupa wang tunai daripada Tabung Kebajikan ABDB dan barang keperluan harian daripada warga Kementerian Pertahanan.


Sumbangan bagi 54 orang anak-anak anggota ABDB di Kementerian Pertahanan telah diserahkan oleh Kolonel (U) Hismawadi bin Haji Mohd Said, Pemangku Pemerintah Angkatan Bersama, ABDB di Dewan Serbaguna, Bolkiah Garison. Turut hadir ke majlis tersebut adalah Pengarah-Pengarah Tentera, dan pegawai-pegawai kanan Kementerian Pertahanan.


Majlis dimulakan dengan bacaan Tahlil dan Doa Selamat oleh Kapten Mohd Nasyrul Wafiy bin Haji Mahdini, Penolong Pegawai Turus Gerakan Agama, Jabatanarah Agama ABDB (JAMA’AT) diikuti dengan penyampaian sumbangan dan diakhiri dengan majlis berbuka puasa.


Sementara itu, 9 orang anak-anak anggota Markas Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) dan Kompeni Markas TDDB (Komp Mrks TDDB) menerima sumbangan di Mess Pegawai Berakas Garison daripada Brigedier Jeneral Haji Mohammad Shanonnizam bin Sulaiman, Pemerintah TDDB.

Di Dewan Samudera, Pangkalan Tentera Laut Muara, Kepten Haji Mohamad Sarif Pudin bin Matserudin, Pemangku Pemerintah TLDB telah menyampaikan sumbangan untuk 31 orang anak-anak anggota TLDB.

Majlis yang serupa juga telah diadakan di Restoran Happy Hippo, Batu Bersurat di mana Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohd Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah menyampaikan sumbangan derma kepada 31 orang anak-anak anggota TUDB.

19 orang anak-anak Khidmat Perubatan dan Kesihatan serta Khidmat Pergigian Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) menerima sumbangan daripada Kolonel (Dr) Haji Awang Mohd Hafizul bin Haji Awang Mohd Hassan, Ketua Pegawai Perubatan dan Leftenan Kolonel (Dr) Norinda binti Haji Tengah, Timbalan Ketua Khidmat Pergigian di Dewan Kuliah Ibnu Sina, Khidmat Perubatan dan Kesihatan, Bolkiah Garison. 

Seramai 3 orang anak-anak Rejimen Pengawal Diraja Tentera Darat Diraja Brunei (RPD TDDB) daripada menerima sumbangan dari Leftenan Kolonel Norranellwi bin Siaran / Searen Pegawai Pemerintah, RPD TDDB. 

46 orang anak-anak Khidmat Bantuan Kombat Tentera Darat Diraja Brunei (KBK TDDB) menerima sumbangan dari Kolonel Muhamad Wata bin Abdullah Awat, Timbalan Pemerintah TDDB dan Leftenan Kolonel Azhar bin Matzan, Komandan KBK TDDB di Mes Pegawai Waran, Staf Sarjan dan Sarjan, Berakas Garison. Sementara itu, 19 orang anak-anak Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei (1Bn TDDB) menerima sumbangan dari Leftenan Kolonel Pengiran Ridzamfaizal bin Pengiran Haji Salleh, Pegawai Pemerintah 1Bn TDDB di Rumah Masak, Berakas Garison. Leftenan Kolonel Erwan bin Haji Ibrahim, Pemangku Pemerintah Medan TDDB bersama Pegawai – Pegawai Pemerintah unit telah menyerahkan sumbangan derma kepada 26 orang anak-anak anggota Markas Medan TDDB, Batalion Kedua TDDB (2Bn TDDB), Batalion Ketiga TDDB (3Bn TDDB), Rejimen Jurutera Tempur TDDB, Skuadron Kereta Peninjau Perisai TDDB dan Sekolah Infantri TDDB.


Attachments