Skip Ribbon Commands
Skip to main content
RBAF COMMANDER RECEIVED INTRODUCTORY CALL FROM DEFENCE ADVISER MALAYSIA TO BRUNEI DARUSSALAM


BOLKIAH GARRISON, Wednesday, 23 November 2022 – Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander Royal Brunei Armed Forces (RBAF), received an introductory call from Colonel Haji Nor Azizi bin Abdullah, Defence Adviser Malaysia to Brunei Darussalam this afternoon. Also in attendance were the Acting Chief of Staff RBAF and Acting Director of Intelligence.


During the call, both sides expressed their satisfaction with the close and longstanding defence cooperation as well as friendship between Brunei Darussalam and Malaysia fostered through a comprehensive range of cooperation. These included agreements like Memorandum of Understanding on Defence Cooperation signed on 14 February 1992, interactions such as regular exchanges of visits, military exercises, courses and trainings, recurring defence related meetings and cooperation within the United Nations peacekeeping missions, namely the United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL). 

Colonel Haji Nor Azizi bin Abdullah was appointed as the Defence Adviser Malaysia to Brunei Darussalam since 30 August 2022.



PEMERINTAH ABDB MENERIMA KUNJUNGAN PENGENALAN DARIPADA PENASIHAT PERTAHANAN MALAYSIA KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

BOLKIAH GARISON, Rabu, 23 November 2022 – Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) menerima kunjungan pengenalan daripada Kolonel Haji Nor Azizi bin Abdullah, Penasihat Pertahanan Malaysia ke Negara Brunei Darussalam petang ini. Turut hadir adalah Pemangku Ketua Staf ABDB dan Pemangku Pengarah Perisikan.

Semasa kunjungan tersebut, kedua-dua pihak menyatakan rasa puas hati dengan kerjasama yang akrab dan kian teguh terjalin serta persahabatan di antara Negara Brunei Darussalam dan Malaysia yang diperkukuhkan melalui rangkaian kerjasama komprehensif. Ini termasuk perjanjian-perjanjian seperti Memorandum Persefahaman dalam Kerjasama Pertahanan yang ditandatangani pada 14 Februari 1992, pelbagai interaksi merangkumi pertukaran lawatan, eksesais ketenteraan, kursus dan latihan, mesyuarat-mesyuarat pertahanan, dan kerjasama dalam misi pengamanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu khususnya United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL). 

Kolonel Haji Nor Azizi bin Abdullah dilantik sebagai Penasihat Pertahanan Malaysia ke Negara Brunei Darussalam sejak 30 Ogos 2022 lalu.



Attachments