Skip Ribbon Commands
Skip to main content
WORKSHOP ON STRENGTHENING OF MAQASID SYAR’IAH IN MANAGEMENT AND ADMINISTRATION IN BRUNEI DARUSSALAM


BOLKIAH GARRISON, Tuesday, 02 August 2022 – As part of the Ministry of Religious Affairs' (MORA) strategic project, its Muraqib Unit, has conducted a workshop on 'Strengthening of Maqasid Syar’iah in Management and Administration in Brunei Darussalam’ for the Ministry of Defence and the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) at Wira Seni Hall, RBAF Band, Bolkiah Garrison today. 


The event, organised in collaboration with the Directorate of Personnel, Directorate of Administration and Manpower and the Office of Strategy Management, Ministry of Defence, was attended by 60 participants comprising civilian and military officers representing all directorates and units under the Ministry of Defence. Also in attendance were Deputy Service Commanders, Directors and Commandants.


The workshop, a follow up to an earlier socialisation briefing conducted last month, aimed to assess the coherence and efficacy of management and administration of the Ministry based on the principles of Maqasid Syariah for the setting up of the Brunei Darussalam Maqasid Syariah Index. The workshop also sought to cultivate and empower the sense of Rabbani among government servants.










BENGKEL PENGUKUHAN MAQASID SYAR’IAH DALAM PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM


BOLKIAH GARISON, Selasa, 02 Ogos 2022 – Sebagai sebahagian dari projek strategik Kementerian Hal Ehwal Ugama, Unit Muraqib telah mengadakan ‘Bengkel Pengukuhan Maqasid Syar’iah dalam Pengurusan dan Pentadbiran di Negara Brunei Darussalam’ untuk warga Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) di Dewan Wira Seni, Pancaragam ABDB, Bolkiah Garison hari ini.


Acara yang dikendalikan dengan kerjasama Jabatanarah Keanggotaan, Jabatanarah Pentadbiran dan Tenaga Manusia dan Pejabat Pengurusan Strategi, Kementerian Pertahanan itu dihadiri 60 orang peserta terdiri daripada pegawai awam dan tentera jabatanarah-jabatanarah dan unit-unit di bawah Kementerian Pertahanan. Turut hadir adalah Timbalan-Timbalan Pemerintah Angkatan Tentera, Pengarah-Pengarah dan Komandan-Komandan.


Bengkel tersebut, susulan kepada taklimat pemberigaan yang diadakan bulan lepas, bertujuan untuk menilai keselarasan dan keberkesanan pengurusan dan pentadbiran Kementerian berdasarkan prinsip Maqasid Syari‘ah bagi keperluan penubuhan Indeks Maqasid Syari‘ah Negara Brunei Darussalam. Bengkel tersebut juga dihasratkan akan dapat memupuk dan memantapkan nilai Rabbani di kalangan warga perkhidmatan kerajaan.


Attachments