MUARA, Thursday, 23 June 2022 – The Royal Brunei Armed Forces (RBAF) held a
Khatam Al-Qur’an event
in conjunction with the RBAF 61st Anniversary celebration
at all Ministry of Defence and RBAF
suraus, including Masjid Pulau Baru-Baru, with the focal event
at
Surau AAl-Huda, Royal Brunei Naval Base, Muara.
Present as the guest of honour was Major General Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of RBAF. Also in attendance were Service Commanders, Joint Force Commander RBAF, Military Directors, Commandants, Senior Officers, officers as well as personnel of the RBAF.
The ceremony began with the recital of
Sayyidul Istighfar and
Surah Al-Fatihah led by the Commander of RBAF, followed by the recitation of Al-Qur’an by the
Khatam Al-Qur’an participants.
The event continued with
Dikir Marhaban, presentation of tokens of appreciation to the participants and concluded with Fardhu Asar prayers.
Surau Al Huda, Pangkalan Tentera Laut Muara
Surau Al-Fa'izun Berakas Garison
Surau Al-Barakah, Pangkalan Tentera Udara Diraja Brunei
Surau Pengiran Ratna Indera, Perkhemahan Tutong
Surau Ar-Rahmah, Perkhemahan Lumut
Surau Al-Quwwah, Perkhemahan Bangar
Masjid Pulau Baru-Baru
Surau Asy-Syuhada, Akademi Pertahanan ABDB
Surau Ad-difa', Bolkiah Garison
MAJLIS KHATAM AL-QUR’AN SEMPENA HARI ULANG TAHUN ABDB KE-61
MUARA, Khamis, 23 Jun 2022 – Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) mengadakan Majlis Khatam Al-Qur’an sempena Sambutan Hari Ulang Tahun ABDB ke-61 secara serentak di semua surau Kementerian Pertahanan dan ABDB termasuk Masjid Pulau Baru-Baru dengan tumpuan utama di Surau Al-Huda, Pangkalan Tentera Laut Diraja Brunei, Muara.
Hadir selaku tetamu kehormat ialah Mejar Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB. Turut hadir ialah Pemerintah-Pemerintah Angkatan Tentera dan Angkatan Bersama ABDB, Pengarah-pengarah Tentera, Komandan–komandan, Pegawai-pegawai Kanan, pegawai–pegawai serta anggota ABDB.
Majlis dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Pemerintah ABDB dan diikuti dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Qur’an oleh peserta-peserta Khatam Al-Qur’an.
Acara diteruskan dengan laungan Dikir Marhaban, penyampaian cenderhati kepada peserta-peserta Khatam Al-Qur’an dan diakhiri dengan sembahyang Fardhu Asar berjemaah.