Skip Ribbon Commands
Skip to main content
SURAH YAASIN AND TAHLIL RECITATION EVENT IN CONJUCTION WITH THE ROYAL BRUNEI ARMED FORCES 61st ANNIVERSARY

BANDAR SERI BEGAWAN, Friday, 13 May 2022 – In conjunction with the Royal Brunei Armed Forces’ (RBAF) 61st Anniversary, the Ministry of Defence and RBAF held a Surah Yaasin and Tahlil recitation event today at the Royal Mausoleum for the late parents and son of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam; Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman and Al-Marhum His Royal Highness Prince Haji ‘Abdul ‘Azim ibni His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah.

 

The event was attended by Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister of Defence II. Also present were Major General Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the RBAF; Acting Permanent Secretary at the Ministry of Defence; Acting Director of the RBAF Religious Directorate (JAMA’AT), senior officers, officers as well as personnel of the Ministry of Defence and the RBAF. 

 

The recitation of Surah Yaasin, Tahlil and Doa Arwah was led by Major Abdul Mujib bin Japar, Staff Officer Grade One Religious Operation from JAMA'AT. Similar events were also held concurrently at all suraus at RBAF camps and bases including Masjid Pulau Baru-Baru.





MAJLIS MEMBACA SURAH YAASIN TAHLIL SEMPENA SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI (ABDB) KE-61 

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Juma’at, 13 Mei 2022 - Bersempena dengan Sambutan Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang ke-61 tahun, hari ini Kementerian Pertahanan dan ABDB mengadakan Majlis Membaca Surah Yaasin dan Tahlil di Kubah Makam Diraja bagi ayahanda dan bonda serta anakanda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman dan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah.

 

Hadir di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua. Turut hadir ialah Mejar Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB; Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Pemangku Pengarah Jabatanarah Agama ABDB (JAMA’AT), pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai serta kakitangan Kementerian Pertahanan dan ABDB.

 

Bacaan Surah Yaasin, Tahlil dan Doa Arwah dipimpin oleh Mejar Abdul Mujib bin Japar, Pegawai Turus Operasi Agama daripada JAMA'AT. Majlis yang serupa juga turut diadakan secara serentak di kesemua surau di perkhemahan dan pangkalan ABDB termasuk Masjid Pulau Baru-Baru.


Attachments