Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
ROYAL BRUNEI NAVY PERSONNEL AWARDED A COMMENDATION BY THE MINISTER OF HEALTH

BANDAR SERI BEGAWAN, Monday, 22 November 2021 – An officer and four personnel from the Royal Brunei Navy (RBN) have received letters of commendation from Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar, Minister of Health, in recognition of their prominent display of professionalism and actions in an emergency response to a patient in distress while in isolation at the COVID-19 Holding Area Belait 6th Form (CHABEL6), N3C19. The event was held at the Ministry of Health Headquarters. 

The special recognitions were awarded to 1375 Lieutenant Junior Grade (Lt JG) Kiara Esmeralda binti Iscramuon, 19721 Leading Hand (LH) Hillary bin Ibrahim, 50811 Able Rate (AB) Mohd Jame Asri Bin Ashmaddin, 53411 Ordinary Rate (OD) Danial Rafi’uddin Bin Hj Awg Yahya and 21948 Ordinary Rate (OD) Dk Ummi Ramizah Pg Hj Jeludin. 

They are part of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Task Group Support, and have displayed exceptional qualities of leadership and unwavering professionalism in the face of adversity. Whilst pioneering their duties in high-risk areas and caring for COVID-19 patients, they showed courage, dedication, diligence, and selfless devotion at the front lines. The commendation honours not only these RBN personnel but all RBAF personnel serving the nation as front liners.

Also present at the event was Commander Pg Mohd Faren Bin Pg Mohd Noor, RBN, Site Commander of CHABEL6, who also presented the Minister of Health with a token of appreciation to commemorate the event.





PENGANUGERAHANAN KEPUJIAN KEPADA ANGGOTA TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI DARIPADA MENTERI KESIHATAN

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin 22 November 2021- Seorang pegawai dan empat anggota Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah menerima surat penganugerahan kepujian daripada Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan, sebagai mengiktiraf keperibadian profesionalisme dan tindakan mereka semasa melaksanakan tindak balas kecemasan kepada seorang pesakit dalam kesusahan semasa dalam pengasingan di COVID-19 Holding Area Belait 6th Form (CHABEL6), N3C19. Majlis penganugerahan tersebut diadakan di Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan.

Pengiktirafan khas tersebut telah dianugerahkan kepada 1375 Leftenan Madya (Lt Dya) Kiara Esmeralda binti Iscramuon, 19721 Laskar Kanan (LsK) Hillary bin Ibrahim, 50811 Laskar Muda (LsM) Mohd Jame Asri Bin Ashmaddin, 53411 Laskar (Ls) Danial Rafi’uddin Bin Hj Awg Yahya and 21948 Laskar (Ls) Dk Ummi Ramizah Pg Hj Jeludin.

Mereka merupakan sebahagian daripada ‘Task Group Support’, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan telah mempamerkan kualiti kepimpinan yang luar biasa dan profesionalisme yang tidak berbelah bahagi dalam menghadapi sebarang kesukaran. Semasa menerajui tugas mereka di kawasan berisiko tinggi dan memeduli pesakit-pesakit COVID-19, mereka menunjukkan sikap keberanian yang patut dicontohi, dedikasi, ketekunan, dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi di barisan hadapan. Pujian tersebut bukan sahaja memberi penghormatan kepada warga TLDB ini, malah kepada semua anggota ABDB yang berkhidmat untuk negara sebagai barisan hadapan.

Turut hadir di upacara penerimaan surat penganugerahan kepujian Komander Pg Mohd Faren bin Pg Mohd Noor, TLDB, Pegawai Pemerintah CHABEL6, yang juga telah menyampaikan tanda penghargaan kepada Menteri Kesihatan bagi memperingati acara tersebut.


Attachments