Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
COURTESY CALL ON MINISTER OF DEFENCE II BY NEWLY APPOINTED HIGH COMMISSIONER OF BRUNEI DARUSSALAM TO MALAYSIA

BOLKIAH GARRISON, Thursday, 14 October 2021 - Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister of Defence II, received a courtesy call from His Excellency Brigadier General (Retired) Dato Paduka Haji Mahmud bin Haji Saidin, the newly appointed High Commissioner of Brunei Darussalam to Malaysia today. 


During the call, Yang Berhormat Minister of Defence II congratulated His Excellency Brigadier General (Retired) Dato Paduka Haji Mahmud bin Haji Saidin on the occasion of his new appointment. Yang Berhormat Minister of Defence II also welcomed the friendly relations between Brunei Darussalam and Malaysia especially in the field of defence cooperation.

Before meeting Yang Berhormat Minister of Defence II, Major General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), also received a courtesy call from His Excellency. With the consent of His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, the Commander of RBAF took this opportunity to present the Pingat Jubli Intan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei to His Excellency in his capacity as the former Commander of the Royal Brunei Air Force.

His Excellency Brigadier General (Retired) Dato Paduka Haji Mahmud bin Haji Saidin received his Letter of Credence from His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam as the High Commissioner of Brunei Darussalam to Malaysia on 11 October 2021. His Excellency previously served as the High Commissioner of Brunei Darussalam to the Islamic Republic of Pakistan before assuming his current role.




KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA PESURUHJAYA TINGGI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE MALAYSIA BAHARU KEPADA MENTERI PERTAHANAN KEDUA

BOLKIAH GARISON, Khamis, 14 Oktober 2021 – Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua, telah menerima kunjungan hormat daripada Tuan Yang Terutama Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Paduka Haji Mahmud bin Haji Saidin, Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke Malaysia yang baru dilantik.

Semasa kunjungan tersebut, Yang Berhormat Menteri Pertahanan Kedua mengucapkan tahniah kepada Tuan Yang Terutama Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Paduka Haji Mahmud bin Haji Saidin atas pelantikan beliau dan menyambut baik hubungan mesra antara Negara Brunei Darussalam dan Malaysia terutamanya dalam bidang kerjasama pertahanan.

Sebelum kunjungan hormat kepada Yang Berhormat Menteri Pertahanan Kedua, Mejar Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) juga telah menerima kunjungan hormat daripada Tuan Yang Terutama. Pada menjunjung Titah Perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Pemerintah ABDB telah menyampaikan Pingat Jubli Intan ABDB kepada Tuan Yang Terutama dalam kapasitinya sebagai mantan Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei. 

Tuan Yang Terutama Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Paduka Haji Mahmud bin Haji Saidin telah menerima Surat Watikah Pelantikan daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sebagai Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke Malaysia pada 11 Oktober 2021. Sebelum ini, Tuan Yang Terutama berkhidmat sebagai Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke Republik Islam Pakistan sebelum menjawat jawatannya sekarang.


Attachments