Skip Ribbon Commands
Skip to main content
RBAF HOLDS SENTUHAN KASIH RAMADHAN CEREMONY FOR THE YEAR 1442H/2021M

RIMBA AIR FORCE BASE, Friday, 23 April 2021 - The Royal Brunei Armed Forces (RBAF) had an opportunity to carry out a charity event by donating to 125 orphans from 66 families of dearly departed RBAF personnel in a Sentuhan Kasih Ramadhan ceremony held this morning at Surau Al-Barakah, Rimba Air Force Base.

Every year during the blessed month of Ramadhan, the RBAF holds this charity event in remembrance of the services of all RBAF personnel who passed away. The donations are hoped to bring joy and happiness to all orphans and ease the burden of celebrating the upcoming Hari Raya Aidilfitri.  

Present as the Guest of Honour to present the donations was Major General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah Bin Haji Sahat, Commander of RBAF, and his spouse, Datin Dr Hajah Anita Binurul Zahrina binti Pehin Orang Kaya Laila Wijaya Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Aziz, President of RBAF Wives Welfare Association (BAKTI). 

The ceremony began with a mass recital of Surah Yassin and Tahlil and concluded with the recital of Doa Arwah led by Commander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim, RBN, Head of RBAF Religious Department (JAMA'AT). The Sentuhan Kasih Ramadhan donations were raised from proceeds by the RBAF Welfare Fund, RBAF personnel, BAKTI, RBAF Cooperative Limited (KOWIRA) as well as individual donors.

Also present at the ceremony were Services Commanders, senior officers, RBAF personnel and orphans’ families.






MAJLIS SENTUHAN KASIH RAMADHAN ABDB BAGI TAHUN 1442H/2021M

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Jumaat, 23 April 2021 – Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah berkesempatan melaksanakan amal kebajikan dengan menghulurkan sumbangan derma kepada 125 orang anak yatim terdiri daripada 66 buah keluarga bekas anggota-anggota ABDB dalam Majlis Sentuhan Kasih Ramadhan ABDB pada pagi tadi di Surau Al-Barakah, Pangkalan Tentera Udara Rimba. 

Setiap tahun pada bulan Ramadhan yang penuh keberkatan, ABDB mengungkayahkan majlis berkebajikan ini bagi mengenang jasa bakti warga ABDB yang telah kembali ke rahmatullah. Sumbangan derma itu diharapkan akan dapat meringankan beban dalam membuat semua persiapan, memberikan kegembiraan dan keceriaan kepada semua anak-anak yatim dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis bagi menyampaikan sumbangan Majlis Sentuhan Kasih Ramadhan ialah Mejar Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah Bin Haji Sahat, Pemerintah ABDB, dan isteri, Datin Dr Hajah Anita Binurul Zahrina binti Pehin Orang Kaya Laila Wijaya Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Aziz, Yang Di-Pertua Badan Kebajikan Isteri-Isteri ABDB (BAKTI). 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yassin dan Tahlil beramai-ramai dan diakhiri dengan bacaan Doa Arwah diketuai oleh Ketua Jabatan Agama ABDB (JAMA'AT), Komander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim, TLDB. Sumbangan derma Majlis Sentuhan Kasih Ramadhan ini adalah hasil kutipan daripada Tabung Kebajikan ABDB, anggota-anggota ABDB, BAKTI, Koperasi ABDB (KOWIRA) dan penderma-penderma perseorangan.

Turut hadir di majlis tersebut ialah pemerintah-pemerintah angkatan tentera, pegawai-pegawai kanan serta anggota-anggota ABDB dan keluarga-keluarga anak-anak yatim.


Attachments