Skip Ribbon Commands
Skip to main content
MINISTRY OF DEFENCE AND RBAF IHYA RAMADHAN AND RAMADHAN OUTREACH PROGRAMME CONTINUED AT KG MENUNGGOL

KG MENUNGGOL, Friday, 23 April 2021 – The Ihya Ramadhan Programme and Ramadhan Outreach Programme by the Ministry of Defence (MINDEF) and Royal Brunei Armed Forces (RBAF) continued at Masjid Kampung Menunggol, Pulau Berambang, Brunei and Muara District today on 10 Ramadan 1442.

The function started with the recitation of Yasin and Tahlil, followed by mass Iftar with the residents of Kampung Menunggol and Fardhu Maghrib prayers. The evening function continued with a dinner, Fardhu Isyak, Sunat Tarawih and Witir prayers led by Imam Haji Muhammad Khairun Nazhem @ Mazlan bin Maimon and a Tadarus Al-Quran by the congregation. The function concluded with the handing over of donations to the mosque and distribution of aid to the needy and underprivileged in the kampung. The function aims to enliven the mosque this holy month of Ramadhan and to strengthen communal bonds especially with the rural residents.

Present were Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Rtd) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister of Defence II, Permanent Secretary of MINDEF, Royal Brunei Land Force Commander, Deputy Permanent Secretaries and officers and personnel from MINDEF and RBAF.

The religious function was the third function co-organised by First Battalion of the Royal Brunei Land Force (1Bn RBLF) and RBAF Religious Department (JAMA’AT) this Ramadhan.





PROGRAM IHYA RAMADHAN DAN JANGKAUAN RAMADHAN KEMENTERIAN PERTAHANAN DAN ABDB DITERUSKAN DI KG MENUNGGOL

KG MENUNGGOL - Jumaat, 23 April 2021 - Program Ihya Ramadhan dan Program Jangkauan Ramadhan Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) diteruskan di Masjid Kampung Menunggol, Pulau Berambang, Daerah Brunei dan Muara hari ini pada 10 Ramadan 1442. 

Majlis itu dimulakan dengan bacaan Yasin dan Tahlil, diikuti dengan berbuka puasa beramai-ramai bersama penduduk Kampung Menunggol dan sembahyang Fardhu Maghrib. Majlis malam itu diteruskan dengan jamuan malam, sembahyang Fardhu Isyak, Sunat Tarawih dan Witir yang dipimpin oleh Imam Haji Muhammad Khairun Nazhem @ Mazlan bin Maimon dan diikuti dengan Tadarus Al-Quran bersama para jemaah. Majlis diakhiri dengan penyerahan sumbangan kepada masjid dan bantuan kepada orang-orang daif di kampung tersebut. Antara objektif majlis tersebut adalah untuk mengimarahkan masjid di bulan suci Ramadhan ini dan untuk mengeratkan hubungan kemasyarakatan terutama dengan penduduk pendalaman. 

Hadir bersama ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei, Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap serta pegawai dan anggota Kementerian Pertahanan dan ABDB.

Majlis tersebut adalah majlis yang ketiga yang dianjurkan bersama oleh Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei (1Bn TDDB) dan Jabatan Agama ABDB (JAMA'AT) pada bulan Ramadhan tahun ini.


Attachments