Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
MINISTER OF DEFENCE II RECEIVES FAREWELL CALL BY THE DEFENCE ATTACHÉ OF THE KINGDOM OF THAILAND TO BRUNEI DARUSSALAM

BOLKIAH GARRISON, Wednesday, 07 April 2021 – Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Rtd) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Minister of Defence II, received a farewell call from Colonel Nopadej Pansri, Defence Attaché of the Kingdom of Thailand to Brunei Darussalam today.

During the call, both sides reaffirmed the close and friendly relations between the two countries. Yang Berhormat Pehin and Colonel Nopadej also expressed pleasure in the robust bilateral cooperation in the defence and military sectors through various avenues, including the exchanges of visits, provisions of defence and military courses, as well as training and exercises. Brunei Darussalam also conveyed its utmost appreciation for the Kingdom of Thailand’s continuous strong support and commitment in the ASEAN Defence Ministers’ Meeting (ADMM) and related meetings under Brunei Darussalam’s ASEAN Chairmanship this year. 

Following the completion of Colonel Nopadej’s term, Yang Berhormat Pehin conveyed his warmest appreciation to him and the Office of the Defence Attaché of the Kingdom of Thailand for their contributions towards strengthening the defence and military relations between Brunei Darussalam and the Kingdom of Thailand. 

On the same day, Colonel Nopadej also paid a farewell call on Brigadier General (Rtd) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah, Permanent Secretary of the Ministry of Defence, where both sides underscored the strong bilateral relations between the defence ministries of both countries.

Colonel Nopadej Pansri was appointed as the Defence Attaché of the Kingdom of Thailand to Brunei Darussalam on 1 April 2018.




MENTERI PERTAHANAN KEDUA TERIMA KUNJUNGAN PERPISAHAN DARIPADA ATASE PERTAHANAN KERAJAAN THAILAND KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

BOLKIAH GARISON, Rabu, 07 April 2021 Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri Pertahanan Kedua telah menerima kunjungan perpisahan daripada Kolonel Nopadej Pansri, Atase Pertahanan Kerajaan Thailand ke Negara Brunei Darussalam pada hari ini.

Semasa kunjungan tersebut, kedua-dua pihak telah menyatakan hubungan persahabatan yang rapat dan mesra di antara kedua-dua negara. Yang Berhormat Pehin dan Colonel Nopadej juga telah menzahirkan rasa berpuashati atas kerjasama dua hala yang kukuh dalam sektor pertahanan dan ketenteraan melalui pelbagai landasan termasuk pertukaran lawatan, tawaran kursus-kursus pertahanan dan ketenteraan, serta latihan dan eksesais. Negara Brunei Darussalam juga menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan atas sokongan dan komitmen berterusan Kerajaan Thailand dalam Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) dan mesyuarat-mesyuarat berkaitan semasa Negara Brunei Darussalam mempengerusikan ASEAN pada tahun ini.

Berikutan tamatnya tempoh perkhidmatan Kolonel Nopadej ke negara ini, Yang Berhormat Pehin menyampaikan rasa penghargaan kepada beliau dan Pejabat Atase Pertahanan Kerajaan Thailand atas sumbangan mereka dalam memperkukuhkan hubungan pertahanan dan ketenteraan di antara Negara Brunei Darussalam dan Kerajaan Thailand.

Pada hari yang sama, Kolonel Nopadej juga telah mengadakan kunjungan perpisahan kepada Brigedier Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma'awiah, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, di mana kedua-dua pihak menekankan hubungan dua hala yang kukuh di antara Kementerian Pertahanan kedua-dua buah negara.

Kolonel Nopadej Pansri telah dilantik sebagai Atase Pertahanan Kerajaan Thailand ke Negara Brunei Darussalam pada 1 April 2018.


Attachments