Skip Ribbon Commands
Skip to main content
HIGH TEA RECEPTION IN CONJUCTION WITH THE 47th BIRTHDAY CELEBRATION OF HIS ROYAL HIGHNESS THE CROWN PRINCE

BOLKIAH GARRISON, Wednesday, 17 February 2021 - His Royal Highness Prince Haji Al-Muhtadee Billah ibni His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, the Crown Prince and Senior Minister at the Prime Minister’s Office, and Her Royal Highness Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab Rahaman, attended a High Tea Reception today in conjunction with His Royal Highness' 47th Birthday Celebration hosted by the Ministry of Defence and the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), at the Officers' Mess, Bolkiah Garrison.

Accompanying His Royal Highness the Crown Prince and Her Royal Highness Paduka Seri Pengiran Anak Isteri were His Royal Highness Prince 'Abdul Malik ibni His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah and Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi'atul 'Adawiyyah binti Pengiran Haji Bolkiah; and His Royal Highness 920 Captain (Udara) Prince 'Abdul Mateen ibni His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah.

Upon arrival at the Officers' Mess, His Royal Highness and Her Royal Highness were greeted by Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja (Retired) Major General Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Md Yussof, Minister of Defence II, and Major General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, RBAF Commander.

During the reception, His Royal Highness and Her Royal Highness joined a group photo session and were introduced to RBAF officers from Brunei Darussalam’s 16th International Monitoring Team (IMT) to Mindanao, Republic of the Philippines; RBAF personnel embedded under the Malaysian Battalion 850-7 (MALBATT 850-7) for the United Nations Interim Force In Lebanon (UNIFIL); the recipient of the RBAF Commendation Award from the 9th RBAF Command and Staff Course 2020; RBAF personnel from the Independent Decommissioning Body Verification, Monitoring and Assistance Team (IDB VMAT) to Mindanao, Republic of the Philippines; and newly commissioned officers who received awards of excellence during the recent Sovereign’s Parade Ceremony for the 19th intake of officer cadets, RBAF Officer Cadet School.

His Royal Highness then watched a video clip and was presented with a photobook album titled “Sejambak Ristaan XIV,” a collection of photographs from previous years’ High Tea Receptions at the RBAF from 2005 until 2020. This was followed with the signing of a Commemorative Parchment, a cake-cutting ceremony and a pesambah from RBAF personnel. 

To bless the ceremony, a Doa Kesyukuran was read by Commander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim of the Royal Brunei Navy (RBN) as Head of the RBAF Religious Department.








MAJLIS SANTAP PETANG SEMPENA SAMBUTAN HARI PUJA USIA DULI YANG TERAMAT MULIA PADUKA SERI PENGIRAN MUDA MAHKOTA KE-47 TAHUN

BOLKIAH GARISON, Rabu, 17 Februari 2021 - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab Rahaman, hari ini berkenan berangkat ke Majlis Santap Petang sempena Sambutan Hari Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Ke-47 Tahun yang dianjurkan oleh Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), di Mes Pegawai Bolkiah Garison.

Berangkat mengiringi Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri ialah paduka-paduka adinda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi'atul Adawiyyah binti Pengiran Haji Bolkiah; dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri 920 Kapten (Udara) Pengiran Muda ‘Abdul Mateen ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah.

Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri serta ahli-ahli Kerabat Diraja di Mes Pegawai Bolkiah Garison dijunjung oleh Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri Pertahanan Kedua; dan Mejar Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Pemerintah ABDB. 

Semasa majlis tersebut, Duli Yang Teramat Mulia dan Yang Teramat Mulia menyertai sesi bergambar ramai dan seterusnya disembah kenalkan kepada Pegawai-pegawai ABDB yang terdiri daripada Pasukan Pemantau Antarabangsa (PPA) Ke-16 Negara Brunei Darussalam ke Mindanao, Republik Filipina; anggota ABDB yang mengikuti Penugasan Misi Pengaman di dalam Malaysian Battalion (MALBATT 850-7) bagi Misi United Nations Interim Force In Lebanon (UNIFIL); anggota ABDB yang mengikuti Penugasan Independent Decommissioning Body Verification, Monitoring and Assistance Team (IDB VMAT) ke Mindanao, Republik Filipina; penerima RBAF Commendation Award bagi Kursus Maktab Turus ABDB ke-10 bagi Tahun 2020; dan pegawai-pegawai baru ditauliahkan yang menerima anugerah-anugerah terbaik di Upacara Sovereign's Parade bagi Pegawai-pegawai Kadet Pengambilan Ke-19, Sekolah Pegawai Kadet ABDB.

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota kemudiannya disembahkan dengan tayangan klip video dan ‘Buku Sejambak Ristaan XIV’ yang mengandungi koleksi gambar-gambar kenangan sempena Majlis-majlis Santap Petang sempena Sambutan Hari Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia di ABDB dari tahun 2005 hingga 2020. Majlis ini diikuti dengan penandatanganan lembaran kenangan, upacara memotong kek dan pesambah daripada pegawai dan kakitangan ABDB.

Bagi memberkati majlis, Doa Kesyukuran dibacakan oleh Komander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim daripada Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) selaku Ketua Jabatan Agama ABDB.


Attachments